Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Thursday, May 31, 2012

Apam dot..dot..dot...

Malam tadi malam rajin aku . Kenapa ?? Sebab tiba-tiba aku terpikir nak buat something, means buat kek or apam ke untuk aku bawak pergi rumah wan (nenek aku) sebab malam ni ada kenduri tahlil . Mula-mula aku ingat nak order je kat sape-sape kann...tapi bila pikir balik lebih baik aku buat sendiri . Lagipun balik kerja aku bukan ada buat apa-apa pun .

Aku pun keluarkan la buku resepi aku . chewahhh ! . Dalam buku tu penuh dengan resepi-resepi yang aku cilok dari cik google . Creditos to tuan puan empunya resepi . Maaflah aku tak ingat dari corok mana aku copy resepi tu sebab banyak sangat ! Ampunnn ! :D

Aku pilih resepi yang paling senang and tak banyak barang yang aku kena beli . So boleh jimat-jimat .Huahaha . So resepi pilihan pada kali ini adalahhhh *drumroll* .......... APAM DOT..DOT..DOT.. atau nama glamour nya Apam Polkadot laa :) Yang comel-comel cenonet-cenonet tu ! Yang warna-warni tu ! Confirm sedap aku buat ! (condifent jew !)


First trial ni aku pilih warna hijau,kuning and merah . 
Aku takde mixer so aku gunakan alternatif lain yang ada kat umah tu . Blender mak aku jadi mangsa . huhu . Aku kembang kembungkan bahan tu semua guna blender je . Lagi senang , masuk-masuk kan je bahan-bahan ikut turutan pastu blender . Kalau guna blender lagi cepat kembang kot . 





Da cukup kembang aku seperate jadi 3 bahagian then aku warna-warnikan dia . Cup kecik-kecik ni aku susun kat atas pinggan . Aku tak guna piping bag pun masa masukkan adunan tu dalam cup, aku just guna sudu dan disebabkan itu lah dia jadi selekeh sikit . hehe . Dot dot tu aku cucuh guna lidi je . Comot je kan ? Oh ye, untuk inti dia (filling) aku guna jem strawberry and kaya .


Kukusan yang pertama . Agak tak berapa cantik sebab inti dia terkeluar . Aku letak banyak sangat inti kot sebab tu dia pecah-pecah camtu .






Hahhh . Ni kukusan yang seterus-terusnya . Aku kurangkan inti dia . Menjadi ! Cantik je kembang tapi sebenarnya tak berapa kembang tu . Maybe kurang baking powder . Yang pasti rasa dia aauuummmmm ! Sedap seyh ! Sampai adik aku makan berkali-kali jugak la . Huhu. 



p/s : First trial buat apam polkadot . Not bad . Rasa pun sedap . Tapi pasni kena sukat bahan dia betul-betul baru dia boleh jadi kembang semangkuk . Nak rasa ? Meh datang umah aku . Kalau korang rajin la . Huahahaha :p







Saturday, May 26, 2012

Dulu aku sendiri, Kini masih sendiri !

Cewahhhh macam tajuk lagu kan ? Eh aku bukan nak cerita pasal sendiri-sendiri ni . Sebenarnya aku kebosanan sebab aku sendirian ! Sumpah aku tengah bosan ya amat ni . Duduk sorang-sorang dekat rumah ni membosankan aku . Adik-adik mak abah semua keluar bawa diri . Tinggal lah aku sensorang ...  Melayan perasaan yang tak berapa perasan ni , sambil tengok cerekarama tv3 apa tah tajuk dia .Huhu . **oh ye tajuk dia "peluang kedua" !**

Huwaaaaaaa ! Pernah dengar tak orang menangis sebab bosan terlampau ? Jangan cakap tak pernah dengar . AKU LA ORANGNYA . Lagi-lagi sekarang ni aku tengah bendera merah, dengan hormon hati yang tak balance, mood yang kelaut so aku jadi tersangatlah sensitif . Cepat touching ! Sampai boleh meleleh air mata ni :'( .Yang tak boleh blah nya aku menangis sebab kebosanan !

Hellllppppppppp ! I'm BORED !

muka sememeh ! eh ni gamba lama, x silap masa tahun 2010 . huhu. takde motif pun letak gambar nie . saje !



Thursday, May 24, 2012

Prebiu Aku Ada Kau Ada - part 2 [Gambar]



my pujaan hati Shaheizy Sam


Kakak comel Yana Samsudin


Abang ensem Kamal Adli


Kakak shantekk Intan Ladyana


Bakal mom-in-law . eh?!


kak emma admin S_SamOfficial


Mr.Oppa !






Prebiu Aku Ada Kau Ada - part 1

Minggu lepas aku ada post entry pasal aku menang 2 tiket preview filem ‘Aku Ada,Kau Ada’ lakonan Shaheizy Sam, Kamal Adli & Yana Samsudin .  So, isnin lepas aku pun beramai-ramai la pergi The Curve (padahal berdua je,cehh !) . Dapat mesej dari kakak emma admin S_SamOfficial kena ada dekat sana sebelum pukul 8 malam .

Balik kerja pukul 5.30 terus gerak balik rumah . Mandi, solat Asar pastu terus siap-siap . Mr.Oppa dah sedia menunggu . Kami decide pergi naik motor je sebab dari Puchong ke Damansara confirm jem time-time orang balik kerja ni . So bila naik motor boleh cilok-cilok kannn !

Sampai The Curve dlm pukul 7 suku . Then tunggu kak emma dekat McD . Dalam pukul 8 lebih kitorang naik atas . Artis-artis pun tak sampai lagi . Kebetulan jumpa mr.Oppa punye cousin, abg GG . Abg GG ni kerja kat MIG, so dia la yang bawak David Teo pergi preview tu .  Borak-borak kejap dengan dia, sambil-sambil ber-gossip pasal artis baru tuuu....ala artis baru yang tuuuu...haha !

Tak lama tu Yana Samsudin aka Kakak aku (sebab nama bapak sama, eh!) pun sampai . Pastu Kamal Adli and gurlprennye Intan Ladyana . Tapi muka abg Sam tak nampak-nampak lagi ! Mane abg Sam pujaan hatiku ni ? :p

Dekat pukul 9 lebih baru la kitorang masuk wayang . Tengah-tengah pengacara majlis tu membebel then Shaheizy Sam pun masuk dengan bagi salam . Aku pun teruja gilerr ! Giler kau tak teruja ?? Lebih kurang pukul 10 baru la start nengok ceritanya ..........

Filem romantik komedi Aku Ada Kau Ada ni mengisahkan tiga orang kawan . Bukan kawan baik tapi kawan yang tak berapa nak baik .  Kamal Adli sebagai Aziz selalu buli si Nordin Ahmad yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam . Tapi sejak Nordin ada kereta mewah si Aziz yang hanya menunggang motor mula dengki sebab ramai gadis-gadis terkejar-kejar memuja Nordin dan menyebabkan saham dia jatuh ! Kemudian datang Tina (Yana Samsudin) dalam kelas dorang . Nordin dengan Tina kenal sejak dari kanak-kanak ribena lagi . Tapi hubungan dorang tak baik . Selalu bertekak sampai lah dorang jumpa balik ni masih lagi tak boleh ngam-ngam soi . Aziz mula menyukai Tina . Nordin mula merasai perubahan perasaannya terhadap Tina . Mana satu pilihan Tina ? Kalau nak tahu pergi la tengok filem ni . Hari ni da keluar taw ! Apa tunggu lagi ?

Background cerita ni mengasyikkan sangat sebab lokasinya kat Korea Selatan nun . Cantik,indah,ohsem ! Lakonan dorang pun hebat , terbaekkk ! Filem ni ala-ala High School Musical sebab ada babak menari dan menyanyi . Lagu soundtrack, Begini Caranya tu best oo ! Lagi-lagi bila Shaheizy Sam and Yana Samsudin nyanyi macam dalam cerita fairytale ..:) Tapi agak membosankan sikit (sikitt jela !) sebab jalan cerita dia agak mendatar . Klimaks dia pun tak berapa nak klimaks .

Daripada 5 bintang, aku bagi 3 bintang je untuk filem ni . Tak rugi tengok, rugi kalau tak tengok !

p/s : aku dengar-dengar cerita ada media yang kutuk filem ni terang-terang kat twitter . aku sendiri baca woo !

~Masa tangkap gamba dengan Yana Samsudin jantung berdebar-debar . Yana siap cakap " Nape awak berdebar-debar. Relax.. Dup dap dup dap jantung dia ! " . huhu...malu aku -_- . Aku memang kaki nervous . Cepat sangat nervous .  Tapi masa tangkap gamba dengan abg Sam tak nervous da sebab nak cepat sebelum dia kena kerumun ! ~



Monday, May 21, 2012

Malam 1 Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah .

Esok bermula 1 Rejab . Jadi malam ini malam 1 Rejab . Iman Syafie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun Allah s.w.t bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi malam ni sama-sama lah kita perbanyakkan doa ke hadrat Ilahi . Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab . Banyakkan istighfar, minta keampunan dari Allah s.w.t . Yang paling bagus sekali istighfar itu akan disebut sebagai 'Sayyidul Istighfar' bermula dari esok malam . 

Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. 

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Thursday, May 17, 2012

Yeah dapat 2 tiket preview "Aku Ada,Kau Ada?" !

Syokk nya . Saya menang motor ! Eh tu iklan tongkat ali . Salah-salah . hehek.:p . Malam selasa hari tu dekat twitter , S_SamOfficial ( Official Fans Club Shaheizy Sam ) buat kuiz taw . Sape jawab cepat dia akan dapat 2 tiket pergi nonton preview filem terbaru Sam ‘ AKU ADA,KAU ADA?? ‘ yang akan keluar dekat wayang 24 may nie . 

So aku nie pun standby la tunggu soklan-soklan nye . Konon pergi search nama watak Sam and Yana dalam citer tu . Pastu cari pulak nama pengarah dia sape . Bajet susah sangat la soklan-soklan dia kannn. Tunggu punya tunggu terlepas soklan pertama . huhu.. Tapi takpe still ada soklan kedua .

soklan kedua

Alaa kacang mak enon je soklan nye . Kat KOREA lorr ! Dengan secepat-cepatnya aku taip selaju-lajunya dengan harapan aku la orang pertama yang jawab soklan tu . Haha ! Lepas je tekan button send , aku pi la discover twitterland tu . Nak tengok la kan ada ke orang yang da jawab soklan tu before aku . Search punya search punya search. yeahhh confirm !! aku lah orang pertama yang jawab !. Then dapat la mention dari S_SamOfficial .


Aku tak ada lah excited sangat dapat tiket ni . Yang aku excitednye sebab aku dapat jumpa my pujaan hati Shaheizy Sam and my kakak Yana Samsudin ! Tapi aku tak pernah pergi The Curve lorr.. *nampak sangat bukan kaki jalan -_- .   Huwaaa kalau sesat nanti macam mana ? Dah la kena ada kat sana before pukul 8 . Balik keje 5.30, confirm jalan jem ! Uh ter-rushing la kita nanti . Takpe, PAPAGO kan ada :p



p/s : Suka sangat OST filem nie ! 

"Aku tahu dimana nak cari cintamu , disini tak mungkin mengalah dengan apa yang mendatang . Yang ku tahu kucuba terbaik untukmu , yang indah jadikan kenangan yang duka perbetulkan..."

Monday, May 14, 2012

Percutian 2D1N di Port Dickson hanya RM199 !

Murah tak ? Giler murah kan. Rugi woo x pergi . Dah la murah pastu tempat dia sangat cantik pulak tu . Ini lah masanya untuk kita release tension , untuk kita makan angin and spent time dengan family . :)

Dua hari satu malam pun da cukup . Bajet pun tak banyak .  Ekceli offer ni hanya untuk 2 orang . Tapi pedulik apa, kau sumbat je ramai-ramai kat dalam bilik tu . Bilik untuk 2 orang pun cukup besar untuk sumbat lagi empat lima orang . Jangan takut kena halau or charges lebih, aku and family pernah buat macam tu . Booking bilik untuk 2 orang tapi sekali masuk 8 orang . Haha ambik kau ! Tidur atas lantai pon boleh.... :p

Resort tu nama dia ANCASA ALLSUITES RESORT & SPA . Dekat-dekat dengan Teluk Kemang .

Ni bilik tuk dua orang . Luas kan ?

ni bilik tuk 6 orang . Da macam rumah kan . Tapi yang ni mahal sikit je . RM299 . Tapi giler puas hati la lau camnie .

Teruja tak . Kalau nak baik beli cepat-cepat sebab dia ada limited time . Sekarang ni pun tinggal 9jam je lagi .

Happy Mother's Day Mak !

Hari ni hari Ibu , esok hari aku . eh ? Dari semalam lagi da wish kat mak . Dah cium-cium tiak mak :p Wangiii... ! huhu.. Sempena Hari Ibu ni mak masakkan kami lauk special , Nasi Hujan panas dengan Ayam Masak Merah . nyumm nyumm . Patutnya anak yang masakkan untuk mak tapi mak pulak yang kena masak . Air tangan mak lagi sedap katanya :)

Selamat Hari Ibu MAK . Mak la insan yang paling angah kasihi dan cintai lebih dari segalanya . Chewahh ! Betol , dunia akhirat !


ini emak saya !


Nama panggilan mak aku MANJE . Sebab tu orang kata aku anak manje . Bukan sebab aku anak kepada cik Manje tapi sebab memang aku manje . hehek . Ekceli mak aku cakap dari kecik lagi arwah atuk dengan wan panggil mak aku Manje.  Suweett kan ?

Mak banyak berkorban untuk kami, 6 orang beradik.. 2 pompuan 4 laki-laki . Dah la kami ni memang jenis nakal and degil , macam-macam perangai lak tuu. Mak sangat tabah . Macam-macam dugaan Allah bagi kat mak , dari kami kecik sampai dah besar ni apa yang mak buat semua demi kami . Aku tengok kesusahan mak , aku tengok kepayahan mak segala penat lelah . Besarnya pengorbanan mak, hanya Allah saja yang dapat membalasnya .

Mak, selamat hari ibu . Angah sayang mak dunia akhirat . Mak la permata yang berharga bagi angah . Mak selalu ada bila angah sedih, bila angah sakit, bila angah suka . Mak selalu ada untuk kami anak-anak mak . Kalau boleh tiap-tiap malam angah nak tidur dengan mak , nak peluk mak , nak cium tiak mak . Angah nak selama-lamanya dengan mak . Angah nak jaga mak . Angah nak balas pengorbanan mak . Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang sempurna kepada ibuku, Kau jauhkanlah ibuku dari penyakit-penyakit yang memudaratkan dan Kau jauhkanlah ibuku dari perbuatan busuk hati orang-orang sekeliling kami , Kau berkatilah ibuku Ya Allah, Kau panjangkanlah umur ibuku Ya Allah . Hanya padamu ku meminta . Yang Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Penyayang.....




Saturday, May 12, 2012

Jangan makan kicap nanti kulit gelap !

Kalau kulit tu memang gelap jangan la salahkan kicap -_- . ibarat lembu punya susu sapi dapat nama . eh ada kena mengena ke ? Kesian kicap tu tetiba jadi mangsa.

ni kicap feveret i !


Dulu masa kecik-kecik mak aku kata makanan feveret aku nasi 2 pinggan + telor dada dadar + kicap. Memang menu hari-hari la tu . Makan sampai menjilat tangan kau..... kalau boleh tangan tu nak masuk sekali dalam mulut baru la rasa kepuasan dia . Sekarang ni pon bila takda lauk yang tak masuk dek tekak kicap la jadi mangsa. Takpun makan kari dengan kicap, makan asam pedas dengan kicap, tapi yang paling ho liaw makan masak lemak cili api dengan kicap lagi-lagi kalau ikan tenggiri masak lemak cili api pedas-pedas. Terangkat bontot wa cakap sama lu !tak senonoh anak dara ni . Cakap pasal makan perut yang sememangya gendut ni da bergendang gendut tali kecapi . Mak tolong masakkan eh !


Kalau kira ikut formula matematik dah dekat 23 tahun ada affair dengan kicap . 23 tahun kau.. tolak la 2 tahun sebab masa tu baby takkan da kenal kicap kott.. kalau kicap tu buat kulit gelap dah legam macam negro da aku nie . Kan kan ? Tapi tak..kulit aku memang gelap dari azali . ala-ala ke-coklat-an gitu . Masa sekolah rendah lagi teruk , suka sangat main tengah panas masa matahari tengah tercacak atas kepala kulit pun da dekat sama dengan kap lam ya nga ! . Kawan-kawan pun membahan . Sedih -_- . Sampai hati kan kau kawan..taknak kawan ! ! eh tetiba emo lak kau elmy .

Start sekolah menengah da mula kulit cerah sikit . Sikit jela kan . Harapan la kalau nak cerah sangat kann . Yela da kenal macam-macam produk untuk kulit . Masa tu produk paling best Temulawak . Sapu tebal-tebal cerah macam topong gomak.

Aku ingat lagi ada member aku sorang guna produk Babyface . ala produk yang ada racun apa tah nama dia tu . muke dia memang cerah tapi terlampau cerah sampai pucat macam hantu kau . Dapat la dia nama glemer Mak Lampir ! kehkeh !

coklat kan kulit sy . haha !

hipotesisnye : Semakin banyak makan kicap, semakin tak gelap kulit kita . eh kicap kan buat dari soya , orang cakap soya ni mencerahkan kulit. ooOOo terima kaseh kicap !
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.