Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

It's all about me


05 May 198* . Seorang bayi perempuan yang sangat comel dan sweet telah keluar dari perut ibunya sambil menangis-nangis sesuka hatinya sehinggalah beberapa tahun kemudian dia menjadi seorang budak yang cengeng sikit tapi masih mengekalkan kecomelannya .Oh ya, dia juga telah merampas kasih sayang ibu bapa nya dari kakak sulungnya yang ketika itu berumur 4 tahun .

Dia diberi nama yang agak unik dan seksi yang susah didapati diperolehi dan dibeli di mana-mana pun . Kalau ada pun itu hanyalah kebetulan yang tak ada kena mengena dengan dia dan keluarganya . Ada dia kisah ? Oh tidak sesekali ! 

Nama dia ''NORELMY SUZAILY'' hasil dari kreativiti pemikiran ibu bapanya yang juga ada menyelitkan sedikit nama mereka dicelah-celahnya . Dan dia sangat gembira dengan nama itu sehingga dia melompat-lompat keriangan walaupun pada ketika itu dia belum pandai berdiri .

Beberapa belas tahun kemudian, hasil dari kasih sayang ibu bapanya dia telah mendapat empat orang adik lelaki untuk dijadikan bahan-bahan buli oleh dia yakni seorang kakak yang sangat penyayang dan baik hati pada masa itu . Adik-adiknya dengan pasrah dan redha hanya merelakan sambil menyimpan dendam sehinggalah mereka membesar melebihi pembesaran kakak-kakaknya . Disebabkan itu dia menjadi cuak dan tertekan dan terus mengambil keputusan untuk lari dari rumah........menuju ke taman permainan dekat dengan tadikanya dulu . Dia pun dengan rasa sadis nya bermain buaian sambil menyanyi lagu rock 80an dengan harapan ada anak raja yang mendengar suara nyanyiannya yang merdu lagi lunak itu dan dia pasti anak raja itu akan melamarnya . Tapi harapan tinggal harapan . Memang sikap dia suka berangan .

Dari kecil sampai la besar yang tak berapa nak besar ni dia hanya menetap di Puchong . Dia dan keluarga pernah berpindah rumah sekali, itupun tak jauh sangat . Masih di dalam Puchong dan hanya beberapa jengkal dari rumah lama dia . Tapi dia tetap merindui rumah lamanya, rumah zaman kanak-kanak ribena nya .

Habis SPM dia terpaksa berhijrah keluar dari Puchong dan memulakan hidup baru di Uitm Shah Alam selama 3 tahun . Dia tak pernah berjauhan dari keluarga walaupun Shah Alam hanyalah sebelah Puchong je membuatkan dia amat sedih sehingga menangis selama 7 hari 7 malam . Tapi setelah dia mengenal erti kehidupan sebenar dia mula bangun dari tidur dan terus mandi untuk pergi ke  kelas . 

Oh ya, dia nak beritahu satu rahsia . Yang dia ada kena mengena dengan Siti Nurhaliza . Jangan terkejut ye ! Tapi dia bukan la saudara mara atau sepupu sepapat Siti Nurhaliza . Cuma yang ada kena mngena dengan dia hanyalah tahi lalat manis yang dibawah mulutnya dan juga dagunya yang terbelah dua . Sila jangan jeles ye .

Kini dia semakin dewasa . Dia dah jadi anak dara yang agak kasar tapi lemah lembut orangnya . Dan dia telah berkerja . Oh dia juga sudah kenal cinta dan disebabkan itu dengan relanya dia ditunangkan dengan pilihan hatinya . 

Dia sangat sayangkan ibu bapanya, kakaknya Norly Suzaini, adik-adiknya...Muhammad Hasneezam Shah, Muhammad Nazreen Azidin Shah, Muhammad Nazaruddin Azirin Shah dan Muhammad Razman Shah . (panjang kan nama adik-adik dia ? tu belum masuk bin lagi) . Dia sayangkan saudara mara dia, tunangnya, kawan-kawannya, dan juga kekasih hatinya BLU 125* . 

Dan dia sedang berusaha untuk membalas jasa ibu bapanya dan memberi kesenangan kepada mereka . InsyaAllah :)



No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.