Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Wednesday, June 27, 2012

Kenapa ? Mengapa ? Entah laa....

Kalau ini dugaan mu Ya Allah, aku redha . Kau uji sebab Kau tahu aku mampu . Mampu menghadapi walaupun perit . Kadang-kadang aku berpikir, kenapa aku ? kenapa kami ?? Hanya Dia Allah swt yang tahu rahsianya .

Tak baik mengeluh ! Patutnya bersyukur taw . Sebab kita antara orang terpilih yang diduga oleh Allah :) Sebab Allah tahu kemampuan hamba-hambanya . Sekarang ni pun aku semakin menjadi seorang yang tahap kesabaran dia tinggi la jugak..huhu . Dulu pantang dicuit, hahh meletup dejavu di kinabalu kauuuu..eh ?!

Sebenarnya aku tengah nak menceriakan hati sendiri . Hati aku tengah sedih . Puas aku bermonolog dengan hati nie, tapi dia x mauu jugakk . Apa mau buat ? Emmm...aku tak suka 'keadaan' tadi . aku tak suka . tak suka . tak suka ! Aku tak suka 'keadaan' tadi berulang . Aku takut nanti jadi lebih teruk . Aku taknak bermusuh-musuhan.....Ya Allah jauhkan lah kami dari perbalahan yang memecah belah kan persaudaraan .

Aku sayang semua, aku sayanngggg sangattttt . Even aku tak pernah tunjuk terang-terangan . Aku nak korang tahu aku sayang semua orang-orang kat sekeliling aku . Aku sayang family aku ! 

 




.
.
.
.

Butterfly...fly away so high ~


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menitis
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apalagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly... terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Kerna merindu

Butterfly.... fly away so high
As high as hopes i pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up taouchiong me and you

Jalan ini jauh
Nmaun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

.
.
.

Monday, June 25, 2012

MONDAY Blues Ever ~

Huwaaaaa...*ngantukss* . Bila hari isnin je monday blues, muka macam toye sebab kena kerja . Tak puas cuti katanya ! Memey pongggg.....



tengok la muka toye saya tu ! :p




Friday, June 15, 2012

JUMAAT Penghulu Segala Hari .

Assalammualaikum, salam Jumaat :)

Hari ni nak cerita tentang keistimewaan hari Jumaat . Mesti semua tahu kan hari Jumaat penghulu segala hari ? Hari yang penuh keberkatan...kemuliaan. Banyak lagi kelebihan hari Jumaat nie . Misalnya hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari,bermaksud :

Jumaat dinamakan sebagai "Saiyidul Aiyam" iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari). Katanya Rasulullah SAW bersabda : Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga,padahal mereka diberi kitab terlebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka.Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu hari Jumaat.Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita.Besok (sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (ahad) untuk kaum nasrani. 

Kelebihan hari JUMAAT :

**> Allah ciptakan Nabi Adam
**> Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
**> Allah mematikan Nabi Adam
**> Pada hari itu juga ada satu saat tidak ada seorang hamba pun yang memojon sesuatu,kecuali Allah  akan
       perkenankan permohonanya selagi dia tidak meminta sesuatu yang haram
**> Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun sekalipun amat dekat
       kedudukannya disisi Allah,langit,bumi,angin,gunung juga lautan melainkan kesemua memohon belas
       kasihan pada hari tersebut
(Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Hari yang dijanjikan ialah hari Kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah, dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat" (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Wednesday, June 13, 2012

Sabar je lah sabariah...

Aduyai . Lagi sikit je sabar aku ni nak hilang. Sikit je lagi. Tapi alhamdulillah..selamat muka dia dari merasa tumbukan tangan aku ni . Kalau tak confirm menangis 30 hari 30 malam . eh?! Felamakk ayat berlagak kan ? Kesah apa aku.. Orang kalau dah hilang sabar dengan serta merta tenaga dia jadi luar biasa . Entah mana datang aura-aura tambahan . Dari tak larat angkat meja sampai boleh junjung meja tu. Tak gitew ?


Dah dekat setahun aku sabar dengan perangai dia nie . Bulan depan ni genaplah setahun aku kerja kat company sekarang ni . Nama dia Leem (bukan nama sebenar) , dan dia bukan sebangsa dengan aku . Aku ni assistant dia . Dia tu account exec . Dah lama jugak la dia kerja kat situ . Dia ni baik,cakap pon slow,hati pun busuk baik (first impression aku kat dia masa awal-awal dulu) . Eh dia perempuan tau .

Ada la dia anti dengan dua tiga orang makhluk kat ofis nie . Tapi aku tak tanya sangat pun kenapa . Dia cerita bukan-bukan pasal mereka-mereka pun aku iya kan je . Yelahh masa tu memang aku nampak dia paling baik . huhh ! *nyesal* Sampai lah aku sendiri perasan permainan dia bila tanduk mula keluar kat kepala dia tu . Makin lama makin banyak kerja aku kena buat . Pantang aku da tahu buat something dan dan bertambah kerja aku . Dan dia? Tugas dia hanya menge-check kerja-kerja aku and closing account . dan online jugak ye ! Sedap kan dia…

Banyak jugak kerja aku, dari HQ sampai la ke branches Penang,Malacca and KL ak kena incharge . Bayangkan lah . Baik dia bagi terus position dia tu kat aku !

Tapi yang buat aku sangat bengang pasal kes tadi . Our big boss cari copy of payment voucher, big boss tanya kat dia . Then dia suruh aku cari . Dia da bagi kat aku tapi aku tak filing lagi, tak sempat nak filing coz banyak kerja . Last2 aku tak jumpa benda tu . Dan yang pasti copy tu aku belum receive pon rupanya .

Lepas aku blah dari meja dia tah apa tah dia story kat big boss pastu pandang-pandang aku . Rupa-rupanya dia cakap dengan big boss AKU TAK BUAT KERJA! . wth ?? memang darah da menyirap, tangan da menggigil . Bengang yang teramat . Tangan aku ringan je nak 'sentuh' muka dia . Tapi nasib baik ada sikit lagi kesabaran .. Aku taknak la cari musuh kat ofis ni . So cara yang lebih better aku report kat manager aku je . Selama ni aku tak pernah complaint apa-apa . So for the 1st time aku luahkan perasaan bengang dari awal dulu sampai sekarang kat manager aku thru msn jer . Aku taip macam karangan da sent kat dia .

Manager aku janji nak setelkan hal nie..Tapi entah... wait and see je laahhhh..






Friday, June 8, 2012

Aku Tak Pandai Menaip :)

Serius ! Aku tak berapa pandai menaip , sebab tu lah blog aku macam tak maju ke depan . huhu . Bila nak update blog je mesti pikir-pikir dulu, apa yang aku nak cerita ? Kadang-kadang ada idea . Kadang-kadang blurrr -_- .  Time blurr tu lah peratus kemalasan over limit . And because of that blog aku akan tersadai berhari lamanya . .sampai aku terlupa !

Actually aku lebih suka bermonolog dengan hati . Lebih mudah katanya . Tak perlu menaip, tak perlu idea . Hati aku sentiasa ada 'memang la semorang ada hati !' , sentiasa bersedia untuk terima keluhan luahan perasaan aku . Sampaikan hati aku sakit hati . Eh ?!




Dulu aku pernah try tulis diari . Kononnya nak kongsi suka duka aku dengan diari . Tapi haremmm... dua tiga hari je bertahan . Lepas tu diari entah kemana . Eh tapi aku suka beli diari ! Banyak diari-diari kosong collection aku since 2010 . Tapi banyak dah bagi adik-adik aku sebab aku pun tak guna . :p

Sekarang ni aku mula beramah mesra dengan blog :) . Mula berkongsi perasaan dengan blog . Mula bercerita dengan blog . Mula berkongsi gambar dengan blog . Supaya bila aku bosan aku akan tengok blog and akan refresh memory-memory indah aku :) chewahh !

Tapi....AKU TAK berapa PANDAI MENAIP . Ayat-ayat aku tak indah, tak menusuk kalbu,tak ada sense of humor . Yang aku nampak hanyalah ke-skema-an dan ke-tungganglanggang-an :p . Tapi itulah aku :) . Aku taip sesuatu dengan ayat aku . Aku tak meniru gaya penulisan orang . Cuma aku ambil inspirasi je dari mereka, sang blogger-blogger famous .

Banyak benda sebenarnya aku nak post kat blog nie . Tajuk sentiasa ada tapi bila time contents dia aku jadi kering idea. Huhu . Bila banyak idea memang sampai mencurah-curah tapi time tulah busy sedikit so x menyempat nak upadate . Dugaan kan ? Sabar je la .




Monday, June 4, 2012

Sudah cukup sudah...

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Tegarnya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Telah berulang kali ku cuba mengalah
Ternyata sabarku tak beerti untukmu...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.