Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Wednesday, June 13, 2012

Sabar je lah sabariah...

Aduyai . Lagi sikit je sabar aku ni nak hilang. Sikit je lagi. Tapi alhamdulillah..selamat muka dia dari merasa tumbukan tangan aku ni . Kalau tak confirm menangis 30 hari 30 malam . eh?! Felamakk ayat berlagak kan ? Kesah apa aku.. Orang kalau dah hilang sabar dengan serta merta tenaga dia jadi luar biasa . Entah mana datang aura-aura tambahan . Dari tak larat angkat meja sampai boleh junjung meja tu. Tak gitew ?


Dah dekat setahun aku sabar dengan perangai dia nie . Bulan depan ni genaplah setahun aku kerja kat company sekarang ni . Nama dia Leem (bukan nama sebenar) , dan dia bukan sebangsa dengan aku . Aku ni assistant dia . Dia tu account exec . Dah lama jugak la dia kerja kat situ . Dia ni baik,cakap pon slow,hati pun busuk baik (first impression aku kat dia masa awal-awal dulu) . Eh dia perempuan tau .

Ada la dia anti dengan dua tiga orang makhluk kat ofis nie . Tapi aku tak tanya sangat pun kenapa . Dia cerita bukan-bukan pasal mereka-mereka pun aku iya kan je . Yelahh masa tu memang aku nampak dia paling baik . huhh ! *nyesal* Sampai lah aku sendiri perasan permainan dia bila tanduk mula keluar kat kepala dia tu . Makin lama makin banyak kerja aku kena buat . Pantang aku da tahu buat something dan dan bertambah kerja aku . Dan dia? Tugas dia hanya menge-check kerja-kerja aku and closing account . dan online jugak ye ! Sedap kan dia…

Banyak jugak kerja aku, dari HQ sampai la ke branches Penang,Malacca and KL ak kena incharge . Bayangkan lah . Baik dia bagi terus position dia tu kat aku !

Tapi yang buat aku sangat bengang pasal kes tadi . Our big boss cari copy of payment voucher, big boss tanya kat dia . Then dia suruh aku cari . Dia da bagi kat aku tapi aku tak filing lagi, tak sempat nak filing coz banyak kerja . Last2 aku tak jumpa benda tu . Dan yang pasti copy tu aku belum receive pon rupanya .

Lepas aku blah dari meja dia tah apa tah dia story kat big boss pastu pandang-pandang aku . Rupa-rupanya dia cakap dengan big boss AKU TAK BUAT KERJA! . wth ?? memang darah da menyirap, tangan da menggigil . Bengang yang teramat . Tangan aku ringan je nak 'sentuh' muka dia . Tapi nasib baik ada sikit lagi kesabaran .. Aku taknak la cari musuh kat ofis ni . So cara yang lebih better aku report kat manager aku je . Selama ni aku tak pernah complaint apa-apa . So for the 1st time aku luahkan perasaan bengang dari awal dulu sampai sekarang kat manager aku thru msn jer . Aku taip macam karangan da sent kat dia .

Manager aku janji nak setelkan hal nie..Tapi entah... wait and see je laahhhh..






 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.