Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Friday, September 14, 2012

Pesanan...

Assalamualaikum =)


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Pstttt : Such an eye opener kann =') Tersedar I dari tamparan realiti, terus share kat blog ha. Walaweyyyy, mood verangan automatically off. 






p/s : copypaste dari blog Fatin Liyana

Tuesday, September 11, 2012

Teman Pengganti

WARNING : Entry ini penuh dengan ayat-ayat jiwang ye !

Assalammualaikum!

Aku dah addicted dengan "Teman Pengganti" ! .

Yesss...ayat-ayat dia sangat menusuk kalbu. Bila aku hayati terasa satu perasaan yang janggal dalam hati. Bila aku dengar alunan terasa diriku seolah terhanyut dalam angan. Tanpa sedar, rasa syahdu mula menular. Tanpa sedar, mutiara jernih mula mengalir.

Wahhh gitu ayatt...rasa macam jiwang sekejap. hihi. Dah berapa bulan yang lalu aku kenal "teman pengganti" ku ni. Tapi masa tu aku malas nak layan. Aku biarkan je. Aku buat tak tahu kewujudan dia. Masa tu bagi aku dia sama je dengan yang lain. Yalah aku belum sempat menghayati apa yang cuba dia sampaikan. Baru dia nak buka bicara ada saja halangan yang datang. 

So aku pun malas nak teruskan...

Tapi dua tiga hari ini dia datang kembali. Dia mula menhantui. Menggangu hidupku yang sepi lagi sunyi. Aku cuba hindari tapi terdaya hati ini.  Aku biarkan dia menyanyi, mengalunkan segala luahan hati. Aku dengar sambil cuba menghayati, kadang duduk kadang berdiri. 

Oh aku mula mengerti, aku mula memahami dan aku mula meminati "teman pengganti" ku ini. Dan aku rasa kau pun begitu. Alunkan lah kata-kata indah Teman Pengganti ini....

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Saturday, September 8, 2012

Terasa Dipulaukan ?

Assalammulaikum, morning :)

Senyum sikitt....senyum kan sedekah :)))).

Emmmmmm..pagi-pagi baca status luahan perasaan sorang member kat facebook. Ayat agak sentap. ""DIPULAUKAN"" 99.5% ayat status tu sangat ditujukan khas untuk kawan-kawan dia and aku rasa salah satunya adalah aku! Yang lagi 0.05% tak tahu lah dia tujukan kat siapa. Harap orang tu terasa.eh?!

creditos to owner!

Tapi aku tak terasa. Sama sekali tak. Bukan sebab aku ego, tapi memang aku tak bersalah bak lagu kumpulan Pearl.
Mungkin perasaan dia je yang terasa dipulaukan. Tapi kawan-kawan dia tak pernah sikit pun pulaukan dia. Cuma bagi dia masa je sebab dia baru je kenal seseorang. So nak kenal hati budi orang kan kena amik masa yang lama. Lagipun dia pernah frust dulu. Kena la kenal lelaki tu betul-betul kan supaya tak la terkena lagi.

Kawan-kawan pergi keluar mana-mana ada je ajak dia tapi dia banyak kali tolak sebab busy katanya. Ok kawan-kawan paham. Kami tak kisah sebab kami tahu dia tengah nak mencari bahagia..cehh ayattt!

And lagi satu, kawan-kawan bukan tak suka tapi as a friend kami risau, Kami risau kalau dia cepat sangat percaya kat lelaki yang baru kenal. Kalau lelaki tu baik dan niat dia pun baik, alhamdulillah...Tapi kalau sebaliknya tu la kawan-kawan takut. Sekarang kan ramai orang suka sangat amik kesempatan. So kawan-kawan taknak tengok dia terluka lagi. Apa yang kawan-kawan boleh buat cuma doa kan yang baik-baik je untuk dia...

Kawan mana yang taknak tengok kawan dia happy?

Friday, September 7, 2012

Kahwin Sepupu ?

Assalammualaikum..

Tetiba nak cerita pasal kahwin sepupu pulak ek ? Huhu sebenarnya tadi log in facebook jap then scroll-scroll ternampak la satu page ni post pasal Hukum Kahwin Sepupu. So teruja la baca sebab perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Cewahh :)

Dalam keluarga aku pun bakal terjadi sepupu kahwin sepupu tapi bukan sepupu dekat la. Kiranya bukan sepupu lagi da dia da jadi berkupu-kupu. eh?. 



Sebenarnya ramai yang tak tahu lagi pasal hukum hakam kahwin sepupu ni. Sama la dengan aku. Aku pun tertanya-tanya jugak haram ke, halal ke, makhruh ke kahwin dengan sepupu ni ? Tapi tak pernah la tersempat nak meng-google, hanya dengar-dengar cerita dari mak and pakcik makcik. Dorang kata, tak haram tapi ada jenis yang boleh dan yang tak boleh. Contohnya, kalau aku la nak kahwin dengan sepupu iaitu anak kepada abang/adik lelaki bapak aku tak dibolehkan. Sebabnya pertalian darah tu kuat antara adik beradik laki. Tapi kalau dengan sepupu anak kepada kakak/adik perempuan bapak aku tu dibolehkan. Emm teori tu la yang aku pakai sampai sekarang..huhu..

Creditos to owner!


Lepas aku baca entry kat blog tu baru lah aku tahu hukumnya..... -sumber dari http://www.gilerkentang.com - :

Saya Abu (bukan nama sebenar) mempunyai teman wanita bernama Zainab (bukan nama sebenar), dan kami ini adalah sepupu rapat, iaitu ayah kandung saya dan ayah kandung Zainab adalah adik beradik LELAKI. Ayah saya anak pertama, ayah Zainab anak kedua. Persoalannya ialah, bolehkah saya, Abu berkahwin dgn Zainab? (iaitu sepupu sendiri yg memang rapat hubungan keluarga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik kandung). Adakah akan muncul masalah wali? Adakah haram kami berkahwin? Kerana ada yang mengatakan kami tidak boleh berkahwin kerana waris kuat? Dan kerana saya boleh menjadi wali kepada Zainab? Dan juga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik, maka akan muncul masalah wali, waris dikemudian hari. Saya berharap sangat ustaz dapat membantu saya dengan menjawab persoalan ini. Saya insan yg hina lagi jahil tentang agama, bantulah saya dengan memberi keterangan yang jelas mengenai isu kahwin sepupu ini.

Jawapan:

Wa alaikumussalam. Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.

Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:
1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”
2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat.

 Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan.

Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.

Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:
Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat Majlis Ulama ISMA



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.