Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Friday, September 7, 2012

Kahwin Sepupu ?

Assalammualaikum..

Tetiba nak cerita pasal kahwin sepupu pulak ek ? Huhu sebenarnya tadi log in facebook jap then scroll-scroll ternampak la satu page ni post pasal Hukum Kahwin Sepupu. So teruja la baca sebab perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Cewahh :)

Dalam keluarga aku pun bakal terjadi sepupu kahwin sepupu tapi bukan sepupu dekat la. Kiranya bukan sepupu lagi da dia da jadi berkupu-kupu. eh?. 



Sebenarnya ramai yang tak tahu lagi pasal hukum hakam kahwin sepupu ni. Sama la dengan aku. Aku pun tertanya-tanya jugak haram ke, halal ke, makhruh ke kahwin dengan sepupu ni ? Tapi tak pernah la tersempat nak meng-google, hanya dengar-dengar cerita dari mak and pakcik makcik. Dorang kata, tak haram tapi ada jenis yang boleh dan yang tak boleh. Contohnya, kalau aku la nak kahwin dengan sepupu iaitu anak kepada abang/adik lelaki bapak aku tak dibolehkan. Sebabnya pertalian darah tu kuat antara adik beradik laki. Tapi kalau dengan sepupu anak kepada kakak/adik perempuan bapak aku tu dibolehkan. Emm teori tu la yang aku pakai sampai sekarang..huhu..

Creditos to owner!


Lepas aku baca entry kat blog tu baru lah aku tahu hukumnya..... -sumber dari http://www.gilerkentang.com - :

Saya Abu (bukan nama sebenar) mempunyai teman wanita bernama Zainab (bukan nama sebenar), dan kami ini adalah sepupu rapat, iaitu ayah kandung saya dan ayah kandung Zainab adalah adik beradik LELAKI. Ayah saya anak pertama, ayah Zainab anak kedua. Persoalannya ialah, bolehkah saya, Abu berkahwin dgn Zainab? (iaitu sepupu sendiri yg memang rapat hubungan keluarga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik kandung). Adakah akan muncul masalah wali? Adakah haram kami berkahwin? Kerana ada yang mengatakan kami tidak boleh berkahwin kerana waris kuat? Dan kerana saya boleh menjadi wali kepada Zainab? Dan juga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik, maka akan muncul masalah wali, waris dikemudian hari. Saya berharap sangat ustaz dapat membantu saya dengan menjawab persoalan ini. Saya insan yg hina lagi jahil tentang agama, bantulah saya dengan memberi keterangan yang jelas mengenai isu kahwin sepupu ini.

Jawapan:

Wa alaikumussalam. Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.

Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:
1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”
2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat.

 Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan.

Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.

Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:
Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat Majlis Ulama ISMA



No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.