Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa ye ! :)


Alhamdulillah...malam tadi penyimpan mohor-mohor besar dah umumkan tarikh bermulanya puasa. Rasanya semua orang dah tahu kan. Actually aku tahu dulu dari korang-korang semua sebab aku da sms pakcik ni awal-awal . Yelaa pakcik ni kan atuk kepada kawan aku punye kakak punye adik ipar punye sepupu punye nenek sedara punye abang . Ok merepek ! :p

Sempena bulan puasa ni aku nak minta maaf la pada sesiapa yang terasa dan merasa apa yang kau rasa pasal apa yang aku tercakap dan bercakap, terbuat dan membuat atas segala percakapan dan perbuatan ! Haa panjang tuu...takyah tunggu raya nak maap-maap ni . Bukan apa, kalau boleh nak jalani ibadah puasa dengan tenang dan ikhlas :)

InsyaAllah  kalau tak ada halangan bulan puasa ni nak pergi terawih banyak-banyak kali. Nak kurangkan dari tambah dosa, al maklumlah...kadang-kadang kita tak sedar yang kita da buat dosa kecil kan. Termengumpat ke, terkutuk ke...

Kalau ada rezeki boleh buka puasa berjemaah ek ! hehe... Eh pada yang terrrrrrlupa niat puasa tu (yelaa puasa kan setahun sekali) meh kita sama-sama menghafal ye ! :) 


Selamat Berpuasa !




Thursday, July 19, 2012

Mimo Shopaholic

Sekarang ramai kan orang buat bisnes online ? Ada yang buat untuk cari duit tepi, ada pulak yang buat full time . Dan disebabkan itu tak semena-mena aku pun terjebak sama. Yelaa akibat nak cari duit tepi, aku pun cuba nasib dengan bisnes online. So terwujud la satu kedai alam maya yang diberi nama...



Mimo tu aku ambil dari perkataan Mimosa (pokok semalu) . Bagi aku pokok semalu ni walaupun dia malu tapi dia tak malu-malu kucing.Hahaha.  Dia elok je tumbuh kat kawasan-kawasan yang terbuka.  Macam tu la aku (eh?!). Maksud aku eventho aku malu tapi aku cuba berani nak menghadap apa saja.Cehhh…. 

Aku tak ada modal. Serius ! Tapi sekarang kan banyak online shop yang buat system dropship. So first step aku guna cara dropship. Aku promote product dorang and aku mark up harga aku sendiri. Biasa lah mula-mula kena bertatih dulu . Kena tarik orang. Lambat la jugak nak ambil masa. Yang penting jangan putus asa.



Alhamdulillah, ada jugak la customer yang beli.hehehe… Walaupun tak banyak tapi rezeki kan :). Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berkat yang sikit-sikit ni sekarang aku modalkan untuk beli stock. Baru je sampai stock pre-loved (bundle) VINTAGE dress and blouse. Khas untuk peng-obses vintage fashion !

Mimo Shopaholic buat masa ni hanya jual pakaian perempuan…. blouse, dress, cardigan, tshirt. InsyaAllah maybe kalau ada modal lebih aku akan tambah product kasut ke, beg ke…doa kan ye :)  . Jenguk-jenguk la kedai aku eh !




Thursday, July 12, 2012

Kampung Batu Laut,Kuala Langat

Assalammualaikum. hye !

Malam tadi hujan lebat. Sedapnya tidur....tapi nasib baik tak terlepas solat subuh :) Aku tak berapa nak sihat ni . 2 hari lepas balik kerja bermandikan hujan, mendapat la selsema dengan sakit tekak ni . Aku paling lemah kalau sakit tekak, dalam mulut ni terasa perit and bahang sangat-sangat . Nak bercakap pun susah. Disebabkan dua penyakit ni tak pasal-pasal aku demam -_- .

Ok ok . Ni bukan nak cerita pasal aku tak sihat or whatever..huhu.. Nie nak cerita pasal satu kampung ni . Kampung yang bakal jadi kampung aku suatu hari nanti . *chewahhh !




Pernah dengar tak nama Kampung Batu Laut? Mungkin ramai yang tak pernah dengar kot. Kampung ni atas sikit dari Pantai Morib and bawah sikit dari Pantai Bagan Lalang. Dua tempat ni mesti ramai yang tahu rasanya. Aku selalu juga pergi sini. Al maklum lah menziarah future family-in-law.haha. Kalau dari Puchong ke Kampung Batu Laut ambil masa dalam sejam,itupun ikut jalan Dengkil-Banting . Kalau ikut highway Kesas jauh sikit, dalam sejam lebih sebab kena lalu Sijangkang .


jeti kampung batu laut

creditos to empunya gambar, en Azizan Zolkipli



Masuk je kampung ni mula-mula sekali korang akan nampak jeti nelayan yang tersergam indah. hehe. Kat sini lah tempat nelayan-nelayan parking sampan-sampan mereka. Fyi, my future father-in-law pun nelayan juga. Pernah satu petang dia bawa my mom and aku pergi pusing-pusing laut naik sampan . Seronok tak hengat. Jakun sekejap. Cantik sangat pemandangan :) Sempat juga pusing-pusing kat rumah api tengok orang memancing .

Oh ye..jeti ni pun pernah jadi location shooting. Antara filem yang pernah shooting kat sini Cuti-Cuti Cinta and Salam Cinta.

Kat jeti tu ada satu kedai makan . Dan kedai makan tu adalah hak milik my future mom-in-law. huhu..promote nie ! Macam-macam jenis lauk ada. Kebanyakannya lauk dari ikan-ikan yang segar. Bila makan tu manis terasa isi ikan nya taw. Nikmat tak terhingga :). Kalau lepak kat kedai ni yang seronoknya bila tengok nelayan-nelayan ni balik bawa ikan besar-besar. Yang aku pernah nampak ikan kurau,ikan pari,ikan siakap,ikan merah,ikan jenahak and ikan apaentah (aku tak tahu nama ikan tu :p) . Eh belangkas pun !


creditos to kawanku,Hidayah Anwar

Ada satu kawasan kat tepi jalan tu korang boleh nampak pokok-pokok bakau (kot?) kering. Kat Kampung Batu Laut ni tepi-tepi pantai dia memang banyak pokok bakau. Sebab tu tak sesuai untuk mandi. Kalau setakat nak main-main air celup-celup kaki tangan kepala boleh lah. Dan untuk mereka-mereka yang suka berfotografi kat sini memang cantik sangat kalau nak buat photoshoot!

Kalau dah namanya laut mesti banyak pokok kelapa kan ? Macam-macam jenis kelapa ada tapi kelapa laut je takde rasenye. Yang paling aku suka kelapa pandan.Kelapanya kecik-kecik je tapi bila tang air dengan isi dia memang terbaikkk la !

kelapa pandan !

Ada lagi satu jeti kat sini . Actually jeti tu khas untuk pasukan Perahu Layar negeri Selangor. Tapi macam-macam aktiviti boleh buat kat situ. Nak duduk-duduk ke baring-baring ke pun boleh. Tak ada orang kacau pun :p . Ada juga orang memancing kat situ. Tapi kalau petang-petang lepak situ amek angin memang tenang je rasa. :)



So kalau agak-agak hujung minggu tu bosan tak tahu nak buat apa, meh la datang sini . Untung-untung dapat makan ikan segar kan?! Kalau nak pergi mancing pun boleh..Selalunya hujung-hujung minggu ramai orang luar datang sini mancing.  Ada pakcik-pakcik yang boleh hantarkan sampai ke tengah laut tu... 



Wednesday, July 4, 2012

Gig Triple Play – Hujan, Bunkface and Nidji ! [part 2]

Konsert start pukul 8.30, live dekat TV9 . Band Bunkface yang merasmikan pentas dengan lagu More . Ada tiga empat lagu jugak la dorang main antaranya Panic and Kita Perang Kita Menang. Lepas tu dorang bawak dua lagu lagi dari dua kumpulan yang lain (Hujan & Nidji) . Lagu band Hujan dorang nyanyi lagu Lonely Soldier Boy, lagu Nidji pulak lagu dorang bawak lagu Shadow . Memang terbaekk la wa cakap sama lu ! Lagi-lagi dengan Sam yang handsome and gila-gila tu *melted*. Hahh bergegar KL Live sekejap bila kitorang melompat-melompat. haha!


BUNKFACE !

Lepas Bunkface turn Juara Versus pulak buat persembahan . Aku memang suka suara Noh . Suara dia unik and tu yang buat sedap. Kan ?! Hujan bawak lagu berhantu dorang masa kat versus "Lamunan Terhenti" . Mantap ! Hujan pun ada nyanyi lagu Ekstravaganja (Bunkface) and lagu popular Nidji, Laskar Pelangi .



HUJAN !

And Nidji is the last band yang buat persembahan malam tu . Frankly speaking, aku tak pernah pun follow band nie . Aku tahu dua tiga lagu dorang yang agak fofular macam Laskar Pelangi,Sang Mantan,Hapus Aku,Bila Aku Jatuh Cinta . Tapi aku tak pernah pun amik tahu pasal dorang . Vocalis dia pun aku tak kenal . Tapi......bila tengok persembahan dorang malam tu memang aku teruja ar ! Dia punye vocalist giler energetic dengan gaya menari dia ala-ala gedik tu . Tergoda aku ! Haha . Balik tu aku terus declare jadi Nidjiolic :p Malam tu dorang bawak lagu Disco Lazy Time, Save Me apa lagi ntah .  Dan juga lagu Situasi and Muda dari Bunkface and Hujan .



Ending persembahan tiga-tiga band berkolaborasi nyanyikan lagu Biarlah dari Nidji . Ni gig yang paling best pernah aku pergi . (cehh macam selalu pergi :p) . Baru kali kedua. Haha . Apa-apa pun Gig Triple Play terbaekkk !








Tuesday, July 3, 2012

Gig Triple Play – Hujan, Bunkface and Nidji ! [part 1]





Sabtu malam minggu baru ni aku pergi tengok konsert Gig Triple Play kat KL Live . 3 band perform malam tu, HUJAN , BUNKFACE and NIDJI . Ni kali pertama aku jejak kaki kat KL Live . Aku pergi berdua dengan member . Gamble je naik motor ikut direction google map kat handphone aku . Haha . Da nak sampai tu sesat sekejap sebab salah masuk lorong . Dah la minyak nyawa-nyawa ikan . Terpaksa la pusing-pusing cari petrol pump dulu .

Actually kitorang da lambat . Patutnya kena collect tiket sebelum pukul 8 . Tapi pukul 8 kitorang still lagi mencari-cari jalan . Oh ye ! Aku dapat tiket tu sebab aku menang kuiz kat blog Budiey, blogger famous amos tuu ! Thanx Budiey ! And sebenarnya decision untuk pergi tu last minit punye . Sebab member aku yang patutnya pergi dengan aku tu tak dapat pergi lak . Aku ingat nak burn je tiket tu . Tapi nak dekat-dekat pukul 5 tu baru aku teringat nak contact kawan sekolah yang aku jumpa kat wedding ex schoolmate kitorang tengahari sabtu tu . Nasib baik la dia on ! 

Kami sampai sana dekat pukul 8.30 . Nasib baik konsert tak start lagi . Cepat-cepat pergi collect tiket then terus masuk dalam . Wahhh seramai-ramai manusia ada kat dalam tu ! Ramai kauuuu ! huhu .






Before konsert start kita camwhoring dulu yer ! Kat satu sudut tu de tempat khas untuk snap pic . Sudut untuk gambar Polaroid kot namanya, lebih kurang camtu la . Tapi disebabkan aku tangkap gambar guna camera handphone murahan sony xperia aku tu so gambarnya tak ada la polaroid sangatt. Tengah syok-syok camwhoring datang sorang mamat ni dekat aku then bagi aku satu kotak kecil . Yang kelakarnya aku tak pandang pun muka mamat tu, aku blurr sekejap pandang kotak tu .huhu. Bila aku toleh dia da blah da pun . Tak sempat nak say thanx ! Dalam kotak tu ada air mineral, gig triple play badges and sticker . Kalau ikutkan kotak tu dorang jual Rm15 sekotak . Dah rezeki aku dapat free :)















 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.