Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Thursday, September 5, 2013

Akhirnya dia dibunuh perlahan-lahan :(



Assalammualaikum.

Tergerak nak bercerita. Tentang kawan sekerja aku ni.  Dia non-muslim. 

Alkisahnya. . . . .

Dia di sahkan pregnant buat kali ketiga selepas 6 bulan melahirkan anak yang kedua. Awal pregnant memang tak ada problem. Masuk bulan ke-6 bermula lah ceritanya.

Dia pergi check up macam biasa. Kat hospital swasta. Dah 6 bulan kan, baby pun dah cukup sifat,nadi jantung dia pun dah dapat rasa. Tapi check up kali ni doc dapat kesan sesuatu kat baby dia. Dan dia mula risau. Doc arrange kan next appoinment dengan doc pakar .

Lepas jumpa doc pakar dia dapat tahu baby dia ada masalah jantung. Mula-mula dia tak percaya. Dia arrange pulak appoinment dengan doc pakar kat hospital Gleaneagles. Dan doc pakar tu pun mengesahkan yang baby dia memang ada masalah jantung.

Apa yang aku faham dari penceritaan dia, hanya jantung belah kanan je berfungsi dan saluran di jantung belah kanan tu pulak tersumbat.

Apa yang aku bayangkan, jantung yang belah biru tu je berfungsi. Yang merah tu tak berfungsi langsung.

Doc explain kan keadaan sebenar kat dia. Doc kata kalau baby ni deliver nanti, baby ni akan ulang alik hospital untuk operation, check up and everything. And semuanya memerlukan kos yang tinggi. Dan doc tak jamin yang baby ni akan hidup lama. 

Doc pun bagi choice kat dia

Nak tunggu sampai bersalin nanti

Atau

Gugurkan baby tu .

Tapi bukan gugur cara yang biasa. Sebab baby ni da 6 bulan, so apa yang aku tahu doc akan induce dia dan dia kan deliver baby tu secara normal. Dan baby tu akan dibiarkan hingga nafas terakhir!

Tersentak aku. Dia da mula berbelah bagi. Dia tanya aku. Aku cakap ni ujian Tuhan untuk dia and she need to choose the right choices. Aku kalau boleh taknak dia gugurkan baby tu. Bagi aku bila dia gugurkan baby tu sama macam dia bunuh baby tu. Ya Allah apalah nasib baby tu :( Tapi walau aku cakap macam mana pun keputusan tetap kat tangan dia . 

Dua tiga hari jugak dia pikir. Dan akhirnya dia pilih untuk.......GUGUR kan !! Sedihnya aku memikirkan baby tu. Ya Allah kesiannya kat baby tu..lahir kemudian akan dibiarkan tanpa bantuan pernafasan ! Seksanya dia :(

Semalam dia admit dan malam tadi dia inbox aku. Dia cakap baby da kuar dan dah takde nyawa. Pilunyerrrrrrrr... Aku tanya dia ' u see her face or not? ' . Dia kata doc tak bagi dia tengok muka baby tu sebab takut dia akan sedih n nangis. 


p/s : 
Aku harap sangat la kalau antara kita yang MUSLIM yang berhadapan dengan masalah macam ni, jangan lah memilih untuk melepaskan (menggugurkan) . Ini semua ujian dari Allah. Allah uji kerana Dia tahu hambaNya mampu.. Yang penting usaha dan ikhtiar . Semuanya di tangan Allah. Dia yang menghendaki dan Dia yang menentukan.







Thursday, August 22, 2013

SELAMAT HARI RAYA !



Assalammualaikum.

Dah dekat 2 minggu beraya baru terhegeh-hegeh nak wish.huhuhu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !

Cerita pasal raya........tahun ni amatlah terasa sayu dan sunyinya tanpa UWAN tercinta.  :( . Tahun pertama raya tanpa arwah.

Macam tahun-tahun yang lepas. Pagi raya pertama kami semestinya dirumah. Bukan tak balik kampung, bukan takde kampung. Tapi arwah-arwah uwan dan atuk (belah mak & abah) dah lama berhijrah ke Puchong ni. Yang tinggal di kampung hanyalah saudara mara,pakcik-makcik,atuk dan nenek sedara.

So memang setiap tahun raya kami di Puchong. Lepas dah bermaaf-maafan barulah kami akan gerak ke kedua-dua rumah uwan dan atuk. Selalunya kami akan pergi ke rumah uwan dan atuk belah abah dulu. Lepas tu baru jalan kaki ke rumah uwan belah mak. Rumah mereka dekat je. Seberang jalan je.

Rumah pak dan mak sedara pun sekitar puchong. Raya pertama memang habis pusing rumah dorang je . Raya kedua baru lah balik kampung mak kat Banting. Ada atuk sedara sorang kat sana, dan sepupu sepapat mak jugak.

Raya keempat balik kampung belah abah pulak, Nogori Sembilan yo ! Menumpang kasih kat atuk lung and wan lung. Dapatlah rezeki makan 2 pinggan ayam masak lemak cili api. huhuhu...

Raya tahun ni memang melantak je keje aku. Tiap satu-satu rumah aku makan. Kenyang tak kenyang sambar je sampai kembong perut! Takpe...nikmat kan? Baru la merasa raya... :p
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.