Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Thursday, November 29, 2012

Busuk-busuk HARIMAU MALAYA orang kita juga !


Assalammualaikum . Morning ! Morning !

Hati ada sikit gumbira ini pagi . Huahuahua . Malaysia menang weyy ! Tak sia-sia aku bagi semangat, bersorak-sorak kat depan tibi . Akhirnya......dapat jugak kutip tiga mata .Congrats Harimau Malaya ku . :)

Congrats Safiq, Safee, Wan Zack and Muhymeen !


Siapa yang tengok bola malam tadi mesti ada perasan time camera shoot kat tempat penonton, ada sorang supporter ni dok melonjak-lonjak sambil pegang banner/bunting " BUSUK BUSUK HARIMAU MALAYA ORANG KITA JUGA " . Yelaa main bola peluh-peluh mesti la busuk masam kan . Lain la kalau pakai softlan, wangi semerbak . :p Hahaha . Ok bukan tu maksud sebenar-benarnya ek .

Even seteruk mana dorang main, selemah mana strategi dorang, sekuat mana fizikal and mental dorang, for me maybe itu yang terbaik yang dorang boleh bagi masa tu . Nasib tak menyebelahi, nak buat caner . or maybe power dorang tak habis keluar lagi masa tu :p . Memang la bila asyik kalah je mula ar kita-kita as a supporter ni kutuk-kutuk dorang, main tak betul la, strategi out la, defend tak mantap la, striker lembik la, macam-macam yang sewaktu dengannya lah . But we need to remember one thing, memang kutukan tu satu benda yang menbina tapi at the same time kutukan tu boleh jadi satu benda yang membinasakan . Dorang pun manusia macam kita . As a human kita ni bukannya think positive all the time . At first memang la ambil kutukan tu sebagai semangat, tapi bila lama-lama orang dok ngutuk hangen gak kita kan, bengang tension down semua ada . 

Macam player kita jugak . Jangan la terus menerus kutuk dorang . Tu la bak macam tulisan kat banner tu , ORANG KITA JUGA . Siapa lagi nak support dorang kalau bukan kita 1Malaysia . Kutuk berpada-pada la, semangat tu kena lebih . Baru la aura kita sampai kat dorang . Tu yang menang 4-1 lawan Laos malam tadi . 


 Hehehehe . Ok melalut da ! 

To Safiq Rahim, adik selalu support abg..buat yang terbaik ok ! **gediks! abg la sangatttt :D**
 
Sekarang ni tinggal satu game je lagi before nak pergi semi final . Lawan Indonesia sabtu ni . Harap-harap menang la ye !




Wednesday, November 28, 2012

Nora Basik masterchef malaysia season 2 tersingkir... :(


Assalammualaikum....morning wednesday !!

Eventho cerita ni boleh dikategorikan agak ketinggalan zaman, tapi pedulik la. Aku nak cerita jugak . :p

Aku tak la tengok sangat program masterchef ni , sebab rumah aku tak pasang astro ye . Kalau pasang pun membazir sebab tibi kat rumah tu hanya digunakan waktu malam je kalau hari-hari biasa . Tuh pun kalau ada cerita best .Kalau tak ada terperap la dia kat situ tak bernyawa . -_-



Aku follow pasal berita-berita hangat masterchef ni kat facebook and youtube je . Tengok ulangan . Sebelum ni tengok ala-ala kadar je, macam jeling-jeling manja gitew . Tapi sejak season 2 ni la aku agak semangat jiwa dan raga membelek facebook masterchef ni tiap-tiap hari . Sebab apa ???! ..... Hahhh sebabnya classmate aku masa kat Uitm dapat masuk program ni ! Agak bangga la jugak aku bila dapat tahu dia terpilih . Ter'anjat' pun ye gak sebab dolu-dolu takde lak dia tonjolkan bakat memasak dia tu .


Nora ni memang aktif sukan . Dulu dia pemain squash . Tapi sekarang da main rugby . Wakil negara lagi .  Hebat kan ? Sampai sekarang aku tak sangka si Nora ni minat masak rupanya . Dalam ganas-ganas dia tu la kan...macam-macam jenis benda dia boleh masak . Sampaikan setiap benda yang dia masak kena puji dengan chef-chef tuu . Kudoss !

Tapi mungkin rezeki dia tak sampai ke final . Dia da kecundang sebab kesilapan kecik wey . Kecewa gak aku but nevermind, she did a great job ! Sampai jugak ke TOP 7 hokey ! Proud of her....

Good job Nora and Gudluck in future ! Bila lah nak rasa kau masak ni...lapar da ni ! huahuahuahua

Facebok Nora : MasterChef Nora Basik
Twitter Nora : Nora_Basik
p/s : meh aku selitkan sikit gambar-gambar masa kami kat Uitm





Wednesday, November 21, 2012

Please....pray for Gaza !





Assalammualaikum ....

To all people around the world,whoever you are, where ever you are...  i'm BEGGING you......please please please raise your hand and PRAY for our 'family' in Gaza . Pray for their safety, pray for their freedom .

Ya Allah Ya Rabb , kau la yang Maha Besar Maha Mengetahui...sesungguhnya kami bermohon padaMu, Kau lindungilah saudara-saudara kami di Gaza , Kau berilah kekuatan kepada mereka , Kau bantulah mereka melawan kekejaman Israel laknatullah , Kau kuatkan lah iman mereka Ya Allah , Kau berilah balasan yang setimpal kepada Israel laknatullah . Sesungguhnya padamu kami memohon Ya Allah . Amin .

Kita tak mampu nak angkat senapang, nak berjuang bersama mereka . Tapi DOA itu adalah senjata . Senjata istimewa untuk orang Islam . Berdoalah disetiap masa yang ada, disetiap solat kita .InsyaAllah .

Setiap hari mesti bergenang air mata aku tengok gambar-gambar mereka di Gaza . Lagi-lagi gambar budak-budak kecil yang meninggal dunia . Allahuakbar ! pilu hati....  :( syurga tempat mereka. Mati mereka mati syahid . Tak dapat terbayang macam mana mereka hadap semua ini . Keadaan dan ketakutan mereka . Kehancuran dan kehilangan yang mereka rasa . 



Bila lah semua ini akan berakhir... Jahanam lah kau wahai Israel laknatullah !







Wednesday, November 14, 2012

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH


source : ohislam.com

Doa akhir tahun :

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah swt dari fitnah dan tipu daya syaitan dan mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun :

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Thursday, November 8, 2012

Kalau saya bukan jodoh awak. . . . . . .




Petang semalam aku tanya dia,

" pernah tak awak terpikir kalau saya bukan jodoh awak ? "...  


And he said,

" tak pernah sesekali pun ... saya yakin awak jodoh saya, saya nak hidup dengan awak "


creditos to google

Monday, November 5, 2012

Semua dah besar.....




Rindunya zaman kanak-kanak ribena !! Rindu time kecik-kecik main dengan along and adik-adik . Rindu sangat la wey :( . Time hujan macam ni lagi la banyak kenangan dolu-dolu datang menyinggah ... errmmm....sadisnya rasa hati .

Sekarang...

Semua da besar belaka . Dah kahwin, dah nak kahwin, dah jadi tunang orang, dah jadi bapak orang dah pun . Sorang-sorang keluar dari teratak manja ni, keluar nak bina family, nak berdikari... Dulu semua stay satu rumah, main sesama, gaduh sesama, ketawa sesama,menangis sesama,ku bersumpah kita kan kekal bersama...(eh da macam lagu Teman Pengganti laks).

Kakak aku da masuk 2 tahun kahwin . Adik aku yang no 2 da ada dua orang anak . Adik aku yang pertama nak kahwin dah next year . Adik aku yang no 3 baru habis spm now ada kat PLKN and adik aku yang last next year masuk form5 . Aku ? ... baru lima bulan jadi jadi tunang orang . :) Bila nak kahwin tu jangan tanya dulu, sebab aku pun tak confirm bila....hihihi.

Sekejap je adik-adik aku dah besar. Dah matang . Rindunya time dorang kecik-kecik dulu !! Rindu buli dorang .....



Sunday, November 4, 2012

BURGER BAKAR @ LOKAS MAKANA



Last month pergi melantak burger bakar kat Lokas Makana dengan geng-geng kawasan beserta ahkak kawasan . Disebabkan setelah beberapa purnama tak bersua muka bila lepak sampai la tak berapa nak ingat dunia . Tapi bila time makan still ingat dunia, yela ohrang pompuan kan makan kena la jaga... takut bila perut da muncit nanti huru hara la hidup dorang seketika . Dorang je la, aku tak .  huahuahuahua !

Yang kecik cenonet paling murah ni aku punya . Yang besar daging melambak cheese meleleh tu Fairuz punya . Yang gelap sikit tak berapa nak nampak tu Yati punya. Yang langsung tak nampak yakni takde dalam gambar ni Maz punya. Yang tak punya apa-apa Jannah je .

Actually ni first time aku makan burger bakar walaupun hakikatnya aku dah beratus kali ulang alik ulang alik kat Lokas Makana ni . Tak terpanggil-panggil pulak nak singgah . Tapi bila dapat Whatsapp dari geng-geng kawasan ni ajak makan kat sini aku pun berkobar-kobar sebab aku tahu dorang yang akan belanja . kehkehkeh biadap jugak aku ni sebab tunggu orang belanja baru nak makan . :p  sememangnya itu perkara biasa, siapa yang tak suka kena belanja ? Kalau ada yang tak suka tu mungkin dia adalah seorang manusia yang hatinya baik . Tapi hati aku pun baik jugak sebab kadang-kadang aku tolak offer orang nak belanja :D

Disebabkan aku tak sanggup nak beratur panjang meng'order' burger bakar ni so aku pun memulakan tugas sebagai 'penunggu meja kosong' . (Dah la orang belanja pastu malas lak nak beratur, melampau kan?!) hehehehe . Aku ni takde lah terlampau sangat sebab aku pun beratur order air jugakkkk taw .

Lama jugak la kitorang melepak kat situ . Tapi tak lah sampai ke tengah malam sebab kami-kami ni cinderella, tak boleh balik lepas pukul 12 kang rumah bertukar jadi labu takpun ada pengawal yang dah menunggu . hihihi . Biasa lah anak dara macam i ni kannn . Tak baik balik rumah lewat-lewat ni .

Emm bukan selalu dapat lepak macam ni dengan geng-geng kawasan . Masing-masing busy dengan kerja and study . Ni pun kebetulan Maz balik sekejap dari Sabah tu yang spontaneous plan dinner sesama . Actually tak cukup korum lagi, geng-geng kawasan yang lain ada kat luar kawasan and ada yang busy jaga family . Entah bila dapat lepak sesama lagi ....


Dah balik rumah baru teringat yang aku terlupa nak snap pic mereka-mereka.. haishhh da rancak sembang camtu la jadinya . Yang hado pic burger 2 ketul tu je :p


Ni gambar geng kawasan time wedding Pojan . Maz takde masa ni sebab dia kat Sabah . :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.