Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Tuesday, January 15, 2013

Selamat Pengantin Baru !


Last friday adik aku yang ketiga selamat lah sudah di-ijabqabul-kan .. So sebagai kakak yang baik dan penyayang aku doa kan semoga jodoh mereka kekal hingga akhir hayat dan bahagia gumbira la hendaknya .

Selamat Pengantin Baru ye !

Hari jumaat tu kitorang gerak dari Puchong dalam pukul 2 lebih . Dua bijik kereta je pergi sebab yang lain-lain menyusul sabtu pagi . Satu kereta abang ipar aku drive satu lagi kereta aku drive. Almaklumlah..aku ni mabuk sikit naik kereta, tak boleh jadi penumpang. Kalau tak nanti habis keluar segala isi perut yang berwarna-warni . So kalau pergi memana memang aku lah yang jadi drivernyerr walaupun terpaksa tapi ku relakan jua :p .  

Yang si pengantin dah gerak awal dengan adik aku yang bongsu . Nak kena bersiap sedia mental and fizikal sebab takut nanti bila pegang je tangan tok kadi langsung tergagap-gagap kang . Hahhh...

Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih . Lepas asar baru kitorang sampai kat Bagan Dato, Perak and terus pergi ke homestay . Tunggu pengantin siap-siap sebab dorang nikah lepas asar. Dapat je call dari pihak sana terus kitorang gerak ke rumah pengantin perempuan .

Tok kadi dah sedia menunggu . Kena ceramah sikit-sikit, test-test lafaz sekali dua.....tangan adik aku da menggigil da . Nervous punya pasal . Huhu... Tapi Alhamdulillah, nervous-nervous pun sekali lafaz je dah sah ! Lega hati .


Malam nye pulak majlis berinai . Habis je nikah tu , lepas da isi perut yang kelaparan dek kepenatan duk dalam kereta kitorang terus balik homestay . Mandi manda and siap-siap tuk majlis berinai . Eh homestay dia cantik taw. Rumah papan ada 4 bilik yang besar pastu ada aircond . Tapi tidur malam tu kitorang tak on pun aircond sebab kesejukan teramat sangat.

Malam berinai dorang pakai baju kuning lembut . Ada la acara renjis merenjis dengan calit inai kat tapak tangan dorang . Time makan adik aku boleh lak cakap dia rasa macam mimpi je, tiba-tiba dah kahwin . Hahaha .




Sabtu pulak majlis bersanding . Tema dorang orange pink, pengantin pakai baju color peach . Tapi tak dapat nk tepek gambar sekarang sebab aku tak transfer lagi gambar dari dalam camera . Yang aku tepek ni pun gambar kat henpon. Time makan beradap aku duduk sebelah pengantin perempuan...biasalah, muka tak tahu malu . Dah la makan gelojoh..dengan ketamnye, dengan ayam sekor depan aku, nasi tambah dua pinggan...huhhh macam orang tak makan seminggu . Minta-minta lah gambar aku time makan tu tak termasuk kat mana-mana camera ! Kalau tak nanti jadi aksi terlampau lak.

Ahad ni majlis belah keluarga kami pulak . Buat kat rumah wan sebab adik aku ni cucu kesayangan wan and arwah atuk . Confirm kepenatan keletihan . Dah la cuti dua hari je ! 

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.