Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Tuesday, October 30, 2012

Alahai kenapa malas nie ?!


Assalammualaikum.... !

Semalam monday blues...hari ni apa pulak ? Tuesday the Lazyday ?? huhuhuhu . Sejak lepas cuti raya 3 hari, hati dengan badan ni rasa lemah longlai nak kerja . Bangun pagi pun rasa nak sambung tidur balik.  Tahap ke'malas'an jangan cakap ar, over the limit ! :p Sampai semalam senang-senang je aku kena racun dengan si Lina (colleague) ajak ponteng kerja halfday , so apa lagi lepas lunch kitorang terus pergi 'menyumbangkan suara' kat Sri Kembangan . hohoho . 

Tiga jam weyh kitorang melalak menjerit, bukan menyanyi taw ! Sampai nak terkeluar la anak tekak ni nasib baik la sempat masukkan balik..hihi.  Pastu siap menari ala-ala gangnam style lagi...kononnya nak panaskan badan sebab terlampau sejuk dalam bilik tu :p Habis je karoks suara kitorang ni rasanya dah boleh ganti Mus May buat show . Rockk ooo !

Hari ni pun sebenarnya still lagi dalam mood malas. Tapi kugagahkan diri jugak pergi kerja even semangat da tertinggal kat atas tilam . hehe.. Malas-malas pun takkan la nak ponteng keje lagi kot hari ni ? Amboiii ......rugi taw ! Ni pun tengah mengantuk nak tunggu lunch time . Perut da menjerit-jerit mintak isi . Terasa macam lambat je masa ni jalan .. Laparrrrr :(
Syok pulak sekali sekala ponteng kerja kan .  InsyaAllah...bulan depan kitorang buat lagi macam nie :)

Gambar masa annual dinner last year . Rindu Ila !



Tuesday, October 23, 2012

Blurrrrrr...!



 Huaaaaa asal rasa macam blurrr sesangat hari ni ! Buat kerja macam nak taknak je. Sebab kurang minum air kot ?? hohoho...

Saturday, October 20, 2012

ATM vs Kelantan




Weyh weh malam ni final Piala Malaysia laa ! Da start da tu . Jom duk depan tv ...

Aku sokong ATM ! go go go ATM, tapi.......aku pun sokong Khairul Fahmi ! hihihi :) 

Tuesday, October 9, 2012

Andai itu takdirnya....



Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...



Monday, October 8, 2012

Hantu Kapcai - memang lawak la der!!

Assalammualaikum...

morning ! morning ! morning ! **over ceria la pulok...huhuhu**

Ade ke acc manager tu cakap sejak aku tukar tempat and assist kerja dia aku menjadi semakin ceria dan gumbira ?? heyyyy! itu semua dusta belaka.... aku rasa macam biasa je punn xde la pulak terlebih happy . Excited tu ade la coz learn sumthing new kan . Boleh la tambah-tambah ilmu didada sikit :p

Last week aku pergi tengok movie kat IOI mall.... citer Hantu Kapcai a.k.a the best comedy movie of 2012 so far ! Yessss.....memang gelak aku sangat ikhlas time tengok citer nie . Harap maklum ye, IKHLAS maksudnye disini gelak dengan kuat sikit tanpa cover ayu-ayu giteww :p


Lawak dia memang tiptop . Terbaekk derr!

Rasa nak pergi tengok lagi sekali je . Nak nak time stress macam ni . Ley gak tenankan otak sikit !

Sinopsis Hantu Kapcai :

Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.



Thursday, October 4, 2012

Tak suka nyerrr....!

Assalammualaikum .

Emmm..... da dua hari tukar tempat duduk kat ofis nie . Temporary replace staff yang tengah maternity leave. Dah la meja betul-betul depan bilik acc manager nie. huhh takde privacy langsung!

Cepat la dua bulan berlalu... aku dah rindu meja aku daaaa... ! :(


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.