Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Tuesday, October 30, 2012

Alahai kenapa malas nie ?!


Assalammualaikum.... !

Semalam monday blues...hari ni apa pulak ? Tuesday the Lazyday ?? huhuhuhu . Sejak lepas cuti raya 3 hari, hati dengan badan ni rasa lemah longlai nak kerja . Bangun pagi pun rasa nak sambung tidur balik.  Tahap ke'malas'an jangan cakap ar, over the limit ! :p Sampai semalam senang-senang je aku kena racun dengan si Lina (colleague) ajak ponteng kerja halfday , so apa lagi lepas lunch kitorang terus pergi 'menyumbangkan suara' kat Sri Kembangan . hohoho . 

Tiga jam weyh kitorang melalak menjerit, bukan menyanyi taw ! Sampai nak terkeluar la anak tekak ni nasib baik la sempat masukkan balik..hihi.  Pastu siap menari ala-ala gangnam style lagi...kononnya nak panaskan badan sebab terlampau sejuk dalam bilik tu :p Habis je karoks suara kitorang ni rasanya dah boleh ganti Mus May buat show . Rockk ooo !

Hari ni pun sebenarnya still lagi dalam mood malas. Tapi kugagahkan diri jugak pergi kerja even semangat da tertinggal kat atas tilam . hehe.. Malas-malas pun takkan la nak ponteng keje lagi kot hari ni ? Amboiii ......rugi taw ! Ni pun tengah mengantuk nak tunggu lunch time . Perut da menjerit-jerit mintak isi . Terasa macam lambat je masa ni jalan .. Laparrrrr :(
Syok pulak sekali sekala ponteng kerja kan .  InsyaAllah...bulan depan kitorang buat lagi macam nie :)

Gambar masa annual dinner last year . Rindu Ila !



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.