Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Sunday, November 4, 2012

BURGER BAKAR @ LOKAS MAKANA



Last month pergi melantak burger bakar kat Lokas Makana dengan geng-geng kawasan beserta ahkak kawasan . Disebabkan setelah beberapa purnama tak bersua muka bila lepak sampai la tak berapa nak ingat dunia . Tapi bila time makan still ingat dunia, yela ohrang pompuan kan makan kena la jaga... takut bila perut da muncit nanti huru hara la hidup dorang seketika . Dorang je la, aku tak .  huahuahuahua !

Yang kecik cenonet paling murah ni aku punya . Yang besar daging melambak cheese meleleh tu Fairuz punya . Yang gelap sikit tak berapa nak nampak tu Yati punya. Yang langsung tak nampak yakni takde dalam gambar ni Maz punya. Yang tak punya apa-apa Jannah je .

Actually ni first time aku makan burger bakar walaupun hakikatnya aku dah beratus kali ulang alik ulang alik kat Lokas Makana ni . Tak terpanggil-panggil pulak nak singgah . Tapi bila dapat Whatsapp dari geng-geng kawasan ni ajak makan kat sini aku pun berkobar-kobar sebab aku tahu dorang yang akan belanja . kehkehkeh biadap jugak aku ni sebab tunggu orang belanja baru nak makan . :p  sememangnya itu perkara biasa, siapa yang tak suka kena belanja ? Kalau ada yang tak suka tu mungkin dia adalah seorang manusia yang hatinya baik . Tapi hati aku pun baik jugak sebab kadang-kadang aku tolak offer orang nak belanja :D

Disebabkan aku tak sanggup nak beratur panjang meng'order' burger bakar ni so aku pun memulakan tugas sebagai 'penunggu meja kosong' . (Dah la orang belanja pastu malas lak nak beratur, melampau kan?!) hehehehe . Aku ni takde lah terlampau sangat sebab aku pun beratur order air jugakkkk taw .

Lama jugak la kitorang melepak kat situ . Tapi tak lah sampai ke tengah malam sebab kami-kami ni cinderella, tak boleh balik lepas pukul 12 kang rumah bertukar jadi labu takpun ada pengawal yang dah menunggu . hihihi . Biasa lah anak dara macam i ni kannn . Tak baik balik rumah lewat-lewat ni .

Emm bukan selalu dapat lepak macam ni dengan geng-geng kawasan . Masing-masing busy dengan kerja and study . Ni pun kebetulan Maz balik sekejap dari Sabah tu yang spontaneous plan dinner sesama . Actually tak cukup korum lagi, geng-geng kawasan yang lain ada kat luar kawasan and ada yang busy jaga family . Entah bila dapat lepak sesama lagi ....


Dah balik rumah baru teringat yang aku terlupa nak snap pic mereka-mereka.. haishhh da rancak sembang camtu la jadinya . Yang hado pic burger 2 ketul tu je :p


Ni gambar geng kawasan time wedding Pojan . Maz takde masa ni sebab dia kat Sabah . :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.