Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Monday, December 31, 2012

Quotes !

Hai Monday blues ! I'm bored and sleepy....... -_-

No personal entry today, just want to share some meaningful quotes from Book of Quote.

















Thursday, December 27, 2012

Penatnyerr jaga anak !


Haish belum ada anak dah sibuk jaga anak ?? 


Anak buah la weyyy....


Malam tadi aku kebosanan . So aku culik dak bucuk adam balik rumah . Mak dia suruh aku tidurkan dak kecik tu sebab dia tak tidur petang. Semangat la aku nak menidurkan dia . Buatkan susu dia, pok pok dia , usap usap dia . 

Tapiiiiiiiiii xmau jugak dia tidur !


Baru aku baringkan kejap dia da duduk balik . Pastu jalan terkedek-kedek pusing satu rumah . Dia baru 'dapat kaki' . Kejap jalan,jatuh balik, jalan, jatuh balik . Dia tahan je mata dia tu xmau tido .

Geram lak aku . Ingat senang la nak tidurkan dia . Saja je dia nak membuli makngah dia ni . Aku bawak masuk bilik baringkan atas tilam. Bagi dia peluk bantal bucukk aku , yelaa mana tahu dia bau je bantal tu dia terus pengsan... takyah la susah-susah aku nak tidurkan dia :p

Tapi tak menjadi jugakkk !

Dia pergi tawaf satu bilik . Selongkar barang-barang aku semua . Aku pulak yang terbaring atas tilam menunggu dia nak tidur.  Aku biarkan je dia main . Sampai mengantuk aku tunggu . Dua kali aku terlelap . Aku celik mata kali pertama tu tengok dia tengah capai-capai barang kat almari mekap . Pastu aku terrrlelap balik . Aku celik mata balik dia tengah teraburkan baju-baju aku baru lipat .

Last-last aku tarik dia kepit dia kat celah ketiak , sumbat punting dia... tepuk-tepuk sikit . Baru la dia tidur.... penat dah dia main kot tu senang lak lelap . Lega aku . 

Ni baru jaga anak buah sorang dah terbaring tertonggeng . Nanti ada anak sendiri tah macam mana la gaya nya . huhuhuhu


Muhammad Adam Daniel. Next month masuk setahun da bucuk angah ni !

Wednesday, December 26, 2012

Nasib baik tak hilang ! -_-


Malam tadi duk kat kedai abah . Saja tolong menolong apa yang patut .  Lagipun dah lama tak buat kerja kedai sejak setahun yang lepas. Tu pun disebabkan kedai abah aku terpaksa tutup sementara atas sebab-sebab kesihatan .

Sambil-sambil duduk kat kedai tu aku main dengan anak buah . Dukung-dukung lambung-lambung dia . Seronok layan dak tecik tu !

Dah cukup cukup sudah main dengan dia aku masuk la dalam , layan tengok tv dengan kakak aku and suaminya cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu . Lama jugak la aku kat dalam .

Tengah syok layan tv mak aku terjerit-jerit panggil aku . Aku pun lari pecut 100m pergi kat mak . Mak aku tunjuk jari dia . Yang aku ni blurr....pelik, nape lak mak aku tunjuk jari dia. Setelah sekian lama aku tengok jari mak aku tu baru lah aku perasan. CINCIN merisik aku !! Aku tengok jari aku kosong ! Terhenti jantung aku sekejap.

Aku tanya mak macam mana boleh ada kat mak ? Mak kata pekerja abah jumpa kat bawah meja tempat aku duduk main dengan anak buah aku tadi . Ya Allah nasib baik la dia yang jumpa, kalau orang lain yang jumpa aku rasa memang takde harapan la . Before ni aku ada mengadu kat kakak aku, cincin aku ni da longgar . Aku tak tahu lah nape longgar . Takkan sebab aku dah kurus? Sebab setahu aku sekarang ni aku makan banyak patutnya jari aku bertambah tambah isi . Ni kurang lak.

Memang aku syukur sangat-sangat la cincin ni tak hilang . Kalau hilang mau meroyan aku dibuatnya !


Thursday, December 20, 2012

Happy birthday my LUVLY mom !

Ok patutnya entry ni aku buat last month . But disebabkan masalah teknikal kat gambar-gambar sekalian tu so aku postpone la ke this month .

Actually my mom birthday's on 24 November . Even dah berapa kali aku wish kat mak but today i gonna shout it here, in my blog...

HAPPY BIRTHDAY MAK !! I LOVE U MUCH MUCH.. MMUAAAHHHH !!

 25 November pulak hari jadi adik aku yang ketiga . Sebelah-sebelah je dengan mak aku . So every year memang mereka akan di-celebrate together-gether .

Kitorang adik beradik plan nak buat suprise kat mak . Kira suprise kecik-kecik'an je . Mula-mula aku ingat nak buat sendiri je kek coklat aku yang sedap tu . Tapi bahan bahannya tak cukup pastu banyak kerja lain tak setel lagi so petang 24 November (sabtu) tu aku order la kek last last minutes. Nasib baik la kakak yang selalu kitorang order kek kat dia tu boleh ngam-ngam soi .

Pastu aku standby bahan bahan nak buat burger bakar . Buat menu simple2 je sebab kita-kita adik beradik je . Ni kali ketiga aku buat burger bakar . Aku dapat resepi kat internet . Simple and sedap . Kalau nak resepi pandai-pandai la google sendiri ek .

Masa dibakar dan selepas dibakar
Kakak dengan abang ipar aku pulak datang bawak kepak ayam madu . Nyum nyum !

Kepak ayam madu and tongkeng ayam

So tugas memanggil mak aku balik rumah aku bagi kat adik aku yang ketiga. Yela bapak aku kan bukak kedai makan . Masa mak aku memang banyak habis kat kedai tu la . Adik aku call mak aku minta mak aku balik konon-kononya nak discuss pasal kenduri dia bulan 1 ni ..

Sampai-sampai mak aku kat depan pintu rumah kitorang terus nyanyi lagu happy birthday . Ter'anjat' mak + muka terharu...

Muka terharu mak :)
Hembus lilin together-gether

Lepas potong kek mak suap kan kat kami adik beradik . Cuma adik aku sorang lagi je tak dapat disuapkan sebab dia kat plkn. kesian dia..huhuhu..









SAYANG MAK DUNIA AKHIRAT :)

Friday, December 14, 2012

Selamanya HARIMAU MALAYA !


Even Malaysia tak dapat teruskan perjuangan ke final Piala AFF Suzuki 2012 disebabkan dek refferee k-pop yang macam harrrr tu, aku sebagai rakyat Malaysia dengan bangganya akan tetap setia menyokong team HARIMAU MALAYA forever-ever after ! 

*Hahh nampak tak betapa serius dan bersemangatnya ayat aku tuh ?! Jangan risau yer abg -abg harimau malaya, adik disini sentiasa support abg-abg yang hebat-hebat tu ! hewhewhew :p

Tapi memang game malam tadi penuh dengan ketidakadilan la. Paling aku tak puas hati bila Fadhli Shas kena kad merah. Ada ke patut ? Sedangkan si player thailand tu yang siku dia . Ishhh geram . Aku rasa refferee tu kena balik korea buat plastic surgery jadi actor lagi bagus . Jadi reff pun bias ! Takkan kena bayar kot ?? Ini tidak adil tidak adil tidak adil.... (macam lagu Yuna laks).

Sian muka cik abg Farizal Marlias kena sepak ngan player thailand kapunkap. Yang reff dok nengok tiup wisel je . Kad da habis ke nak bagi reff oii ??? Memang hampir-hampir nak mencarut je la aku tengok game semalam . Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki kita nak ke final . Dorang dah buat yang terbaik cuma aku rasa formasi tak berapa nak ong . And player penting pulak banyak yang injured . Nasib !

Oh ye nak cerita ni, masa 1st match semi final hari tu i olls pergi nengok kat stadium taw u olls . Yelaa nak bagi aura semangat kat abg-abg Harimau Malaya . Sampai sakit tekak i olls bersorak !








hahhh semangat kannnn ??

Saturday, December 1, 2012

JAWATAN KOSONG : Lelaki & Perempuan


Assalammualaikum..

Selamat pagi sabtu yang mengantuk sebab tidur lambat malam tadi sebab balik lambat sangat sebab merayau-rayau kat uptown shah alam . hahhh banyak da sebab dia .

Tadi membelek-belek facebook then terjumpa lah satu iklan jawatan kosong . Menarik . Banyak benefits . Sape sape pun boleh apply sebab tak ada syarat kelayakkan, tak kisah la ada spm ke, upsr je ke, tak sekolah ke, belum sekolah ke punnn boleh apply asalkan mental ok . Gaji pun mahal wey, elaun, bonus semua ada la . Nak tahu jawatan kosong untuk apa ? Tengoklah iklan kat bawah ni :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.