Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Thursday, December 27, 2012

Penatnyerr jaga anak !


Haish belum ada anak dah sibuk jaga anak ?? 


Anak buah la weyyy....


Malam tadi aku kebosanan . So aku culik dak bucuk adam balik rumah . Mak dia suruh aku tidurkan dak kecik tu sebab dia tak tidur petang. Semangat la aku nak menidurkan dia . Buatkan susu dia, pok pok dia , usap usap dia . 

Tapiiiiiiiiii xmau jugak dia tidur !


Baru aku baringkan kejap dia da duduk balik . Pastu jalan terkedek-kedek pusing satu rumah . Dia baru 'dapat kaki' . Kejap jalan,jatuh balik, jalan, jatuh balik . Dia tahan je mata dia tu xmau tido .

Geram lak aku . Ingat senang la nak tidurkan dia . Saja je dia nak membuli makngah dia ni . Aku bawak masuk bilik baringkan atas tilam. Bagi dia peluk bantal bucukk aku , yelaa mana tahu dia bau je bantal tu dia terus pengsan... takyah la susah-susah aku nak tidurkan dia :p

Tapi tak menjadi jugakkk !

Dia pergi tawaf satu bilik . Selongkar barang-barang aku semua . Aku pulak yang terbaring atas tilam menunggu dia nak tidur.  Aku biarkan je dia main . Sampai mengantuk aku tunggu . Dua kali aku terlelap . Aku celik mata kali pertama tu tengok dia tengah capai-capai barang kat almari mekap . Pastu aku terrrlelap balik . Aku celik mata balik dia tengah teraburkan baju-baju aku baru lipat .

Last-last aku tarik dia kepit dia kat celah ketiak , sumbat punting dia... tepuk-tepuk sikit . Baru la dia tidur.... penat dah dia main kot tu senang lak lelap . Lega aku . 

Ni baru jaga anak buah sorang dah terbaring tertonggeng . Nanti ada anak sendiri tah macam mana la gaya nya . huhuhuhu


Muhammad Adam Daniel. Next month masuk setahun da bucuk angah ni !

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.