Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Wednesday, December 26, 2012

Nasib baik tak hilang ! -_-


Malam tadi duk kat kedai abah . Saja tolong menolong apa yang patut .  Lagipun dah lama tak buat kerja kedai sejak setahun yang lepas. Tu pun disebabkan kedai abah aku terpaksa tutup sementara atas sebab-sebab kesihatan .

Sambil-sambil duduk kat kedai tu aku main dengan anak buah . Dukung-dukung lambung-lambung dia . Seronok layan dak tecik tu !

Dah cukup cukup sudah main dengan dia aku masuk la dalam , layan tengok tv dengan kakak aku and suaminya cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu . Lama jugak la aku kat dalam .

Tengah syok layan tv mak aku terjerit-jerit panggil aku . Aku pun lari pecut 100m pergi kat mak . Mak aku tunjuk jari dia . Yang aku ni blurr....pelik, nape lak mak aku tunjuk jari dia. Setelah sekian lama aku tengok jari mak aku tu baru lah aku perasan. CINCIN merisik aku !! Aku tengok jari aku kosong ! Terhenti jantung aku sekejap.

Aku tanya mak macam mana boleh ada kat mak ? Mak kata pekerja abah jumpa kat bawah meja tempat aku duduk main dengan anak buah aku tadi . Ya Allah nasib baik la dia yang jumpa, kalau orang lain yang jumpa aku rasa memang takde harapan la . Before ni aku ada mengadu kat kakak aku, cincin aku ni da longgar . Aku tak tahu lah nape longgar . Takkan sebab aku dah kurus? Sebab setahu aku sekarang ni aku makan banyak patutnya jari aku bertambah tambah isi . Ni kurang lak.

Memang aku syukur sangat-sangat la cincin ni tak hilang . Kalau hilang mau meroyan aku dibuatnya !


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.