Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Thursday, July 12, 2012

Kampung Batu Laut,Kuala Langat

Assalammualaikum. hye !

Malam tadi hujan lebat. Sedapnya tidur....tapi nasib baik tak terlepas solat subuh :) Aku tak berapa nak sihat ni . 2 hari lepas balik kerja bermandikan hujan, mendapat la selsema dengan sakit tekak ni . Aku paling lemah kalau sakit tekak, dalam mulut ni terasa perit and bahang sangat-sangat . Nak bercakap pun susah. Disebabkan dua penyakit ni tak pasal-pasal aku demam -_- .

Ok ok . Ni bukan nak cerita pasal aku tak sihat or whatever..huhu.. Nie nak cerita pasal satu kampung ni . Kampung yang bakal jadi kampung aku suatu hari nanti . *chewahhh !




Pernah dengar tak nama Kampung Batu Laut? Mungkin ramai yang tak pernah dengar kot. Kampung ni atas sikit dari Pantai Morib and bawah sikit dari Pantai Bagan Lalang. Dua tempat ni mesti ramai yang tahu rasanya. Aku selalu juga pergi sini. Al maklum lah menziarah future family-in-law.haha. Kalau dari Puchong ke Kampung Batu Laut ambil masa dalam sejam,itupun ikut jalan Dengkil-Banting . Kalau ikut highway Kesas jauh sikit, dalam sejam lebih sebab kena lalu Sijangkang .


jeti kampung batu laut

creditos to empunya gambar, en Azizan Zolkipli



Masuk je kampung ni mula-mula sekali korang akan nampak jeti nelayan yang tersergam indah. hehe. Kat sini lah tempat nelayan-nelayan parking sampan-sampan mereka. Fyi, my future father-in-law pun nelayan juga. Pernah satu petang dia bawa my mom and aku pergi pusing-pusing laut naik sampan . Seronok tak hengat. Jakun sekejap. Cantik sangat pemandangan :) Sempat juga pusing-pusing kat rumah api tengok orang memancing .

Oh ye..jeti ni pun pernah jadi location shooting. Antara filem yang pernah shooting kat sini Cuti-Cuti Cinta and Salam Cinta.

Kat jeti tu ada satu kedai makan . Dan kedai makan tu adalah hak milik my future mom-in-law. huhu..promote nie ! Macam-macam jenis lauk ada. Kebanyakannya lauk dari ikan-ikan yang segar. Bila makan tu manis terasa isi ikan nya taw. Nikmat tak terhingga :). Kalau lepak kat kedai ni yang seronoknya bila tengok nelayan-nelayan ni balik bawa ikan besar-besar. Yang aku pernah nampak ikan kurau,ikan pari,ikan siakap,ikan merah,ikan jenahak and ikan apaentah (aku tak tahu nama ikan tu :p) . Eh belangkas pun !


creditos to kawanku,Hidayah Anwar

Ada satu kawasan kat tepi jalan tu korang boleh nampak pokok-pokok bakau (kot?) kering. Kat Kampung Batu Laut ni tepi-tepi pantai dia memang banyak pokok bakau. Sebab tu tak sesuai untuk mandi. Kalau setakat nak main-main air celup-celup kaki tangan kepala boleh lah. Dan untuk mereka-mereka yang suka berfotografi kat sini memang cantik sangat kalau nak buat photoshoot!

Kalau dah namanya laut mesti banyak pokok kelapa kan ? Macam-macam jenis kelapa ada tapi kelapa laut je takde rasenye. Yang paling aku suka kelapa pandan.Kelapanya kecik-kecik je tapi bila tang air dengan isi dia memang terbaikkk la !

kelapa pandan !

Ada lagi satu jeti kat sini . Actually jeti tu khas untuk pasukan Perahu Layar negeri Selangor. Tapi macam-macam aktiviti boleh buat kat situ. Nak duduk-duduk ke baring-baring ke pun boleh. Tak ada orang kacau pun :p . Ada juga orang memancing kat situ. Tapi kalau petang-petang lepak situ amek angin memang tenang je rasa. :)



So kalau agak-agak hujung minggu tu bosan tak tahu nak buat apa, meh la datang sini . Untung-untung dapat makan ikan segar kan?! Kalau nak pergi mancing pun boleh..Selalunya hujung-hujung minggu ramai orang luar datang sini mancing.  Ada pakcik-pakcik yang boleh hantarkan sampai ke tengah laut tu... 



No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.