Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Friday, June 15, 2012

JUMAAT Penghulu Segala Hari .

Assalammualaikum, salam Jumaat :)

Hari ni nak cerita tentang keistimewaan hari Jumaat . Mesti semua tahu kan hari Jumaat penghulu segala hari ? Hari yang penuh keberkatan...kemuliaan. Banyak lagi kelebihan hari Jumaat nie . Misalnya hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari,bermaksud :

Jumaat dinamakan sebagai "Saiyidul Aiyam" iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari). Katanya Rasulullah SAW bersabda : Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga,padahal mereka diberi kitab terlebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka.Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu hari Jumaat.Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita.Besok (sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (ahad) untuk kaum nasrani. 

Kelebihan hari JUMAAT :

**> Allah ciptakan Nabi Adam
**> Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
**> Allah mematikan Nabi Adam
**> Pada hari itu juga ada satu saat tidak ada seorang hamba pun yang memojon sesuatu,kecuali Allah  akan
       perkenankan permohonanya selagi dia tidak meminta sesuatu yang haram
**> Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun sekalipun amat dekat
       kedudukannya disisi Allah,langit,bumi,angin,gunung juga lautan melainkan kesemua memohon belas
       kasihan pada hari tersebut
(Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Hari yang dijanjikan ialah hari Kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah, dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat" (Hadis Riwayat Tirmidzi)

No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.