Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Thursday, May 24, 2012

Prebiu Aku Ada Kau Ada - part 1

Minggu lepas aku ada post entry pasal aku menang 2 tiket preview filem ‘Aku Ada,Kau Ada’ lakonan Shaheizy Sam, Kamal Adli & Yana Samsudin .  So, isnin lepas aku pun beramai-ramai la pergi The Curve (padahal berdua je,cehh !) . Dapat mesej dari kakak emma admin S_SamOfficial kena ada dekat sana sebelum pukul 8 malam .

Balik kerja pukul 5.30 terus gerak balik rumah . Mandi, solat Asar pastu terus siap-siap . Mr.Oppa dah sedia menunggu . Kami decide pergi naik motor je sebab dari Puchong ke Damansara confirm jem time-time orang balik kerja ni . So bila naik motor boleh cilok-cilok kannn !

Sampai The Curve dlm pukul 7 suku . Then tunggu kak emma dekat McD . Dalam pukul 8 lebih kitorang naik atas . Artis-artis pun tak sampai lagi . Kebetulan jumpa mr.Oppa punye cousin, abg GG . Abg GG ni kerja kat MIG, so dia la yang bawak David Teo pergi preview tu .  Borak-borak kejap dengan dia, sambil-sambil ber-gossip pasal artis baru tuuu....ala artis baru yang tuuuu...haha !

Tak lama tu Yana Samsudin aka Kakak aku (sebab nama bapak sama, eh!) pun sampai . Pastu Kamal Adli and gurlprennye Intan Ladyana . Tapi muka abg Sam tak nampak-nampak lagi ! Mane abg Sam pujaan hatiku ni ? :p

Dekat pukul 9 lebih baru la kitorang masuk wayang . Tengah-tengah pengacara majlis tu membebel then Shaheizy Sam pun masuk dengan bagi salam . Aku pun teruja gilerr ! Giler kau tak teruja ?? Lebih kurang pukul 10 baru la start nengok ceritanya ..........

Filem romantik komedi Aku Ada Kau Ada ni mengisahkan tiga orang kawan . Bukan kawan baik tapi kawan yang tak berapa nak baik .  Kamal Adli sebagai Aziz selalu buli si Nordin Ahmad yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam . Tapi sejak Nordin ada kereta mewah si Aziz yang hanya menunggang motor mula dengki sebab ramai gadis-gadis terkejar-kejar memuja Nordin dan menyebabkan saham dia jatuh ! Kemudian datang Tina (Yana Samsudin) dalam kelas dorang . Nordin dengan Tina kenal sejak dari kanak-kanak ribena lagi . Tapi hubungan dorang tak baik . Selalu bertekak sampai lah dorang jumpa balik ni masih lagi tak boleh ngam-ngam soi . Aziz mula menyukai Tina . Nordin mula merasai perubahan perasaannya terhadap Tina . Mana satu pilihan Tina ? Kalau nak tahu pergi la tengok filem ni . Hari ni da keluar taw ! Apa tunggu lagi ?

Background cerita ni mengasyikkan sangat sebab lokasinya kat Korea Selatan nun . Cantik,indah,ohsem ! Lakonan dorang pun hebat , terbaekkk ! Filem ni ala-ala High School Musical sebab ada babak menari dan menyanyi . Lagu soundtrack, Begini Caranya tu best oo ! Lagi-lagi bila Shaheizy Sam and Yana Samsudin nyanyi macam dalam cerita fairytale ..:) Tapi agak membosankan sikit (sikitt jela !) sebab jalan cerita dia agak mendatar . Klimaks dia pun tak berapa nak klimaks .

Daripada 5 bintang, aku bagi 3 bintang je untuk filem ni . Tak rugi tengok, rugi kalau tak tengok !

p/s : aku dengar-dengar cerita ada media yang kutuk filem ni terang-terang kat twitter . aku sendiri baca woo !

~Masa tangkap gamba dengan Yana Samsudin jantung berdebar-debar . Yana siap cakap " Nape awak berdebar-debar. Relax.. Dup dap dup dap jantung dia ! " . huhu...malu aku -_- . Aku memang kaki nervous . Cepat sangat nervous .  Tapi masa tangkap gamba dengan abg Sam tak nervous da sebab nak cepat sebelum dia kena kerumun ! ~



No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.