Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Wednesday, March 6, 2013

Rindunyerrr :(



Assalammualaikum....


Pagi-pagi da sedih :( . Malam tadi tidur rumah wan sebab pakcik minta tolong temankan makcik and maktam sebab dia pergi outstation, paktam pulak kerja malam. Kalau ikutkan aku tak boleh tidur rumah wan, bukan sebab aku takut tapi aku risau hati aku ni tak mampu nak menahan kesedihan, kerinduan kat wan :( . Nasib baik adik aku dengan bini dia ada teman kan. Makcik ngan maktam jenis yang tidur awal...yang aku ni selagi tak mengantuk selagi tu la tak boleh tidur. Kang melanguk aku sensorang . Lagi-lagi bila rumah tu terasa sangat sunyi lepas wan dah takde.

Dulu kalau tidur rumah wan, selagi tak bangun bentang toto, amik bantal selagi tu la wan bising. Rindu nak dengar wan bising-bising, wan membebel . Kadang-kadang wan membebel sensorang je. Pastu kalau tengok tv dengan wan, wan akan kaitkan pelakon dalam citer tu dengan citer lain. Macam dalam citer lain si pelakon ni sakit ke lumpuh ke, bila tengok citer lain yang si pelakon ni elok sihat je berlari-lari..nanti wan macam pelik la, dia mesti cakap 'bukan ke si dia ni sakit lumpuh haritu, ni sihat je' . huhu...rindu la nak layan keletah wan.

Malam tadi sebelum tidur ocu mesej. Citer-citer pasal wan. Lagi la bertambah kesedihan aku. Aku pandang je bilik wan. Terkilan rasa... Ya Allah.. sedih aku sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Nak dekat subuh tak silap aku, aku mimpi wan keluar dari bilik pergi amik wuduk nak solat subuh. :(

Tadi sebelum pergi kerja aku mesej ocu lagi, aku bagitau ocu aku mimpi wan. Ocu cakap 'alhamdulillah, dpt jugak kau tengok wan walaupun dalam mimpi sebab masa hujung hayat dia haritu kau tak sempat nak jumpa dia. Wan tahu kau sayangkan dia'... Menitik air mata aku. Aku rindu sangat kat wan... 

Al-fatihah.............





 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.