Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Tuesday, February 26, 2013

Perginya NENDA yang kusayangi...

Assalammualaikum .

Al Fatihah untuk arwah Wan, Meran binti Manap . Moga Wan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin .


Lebih kurang pukul 4.45 petang, 22 Februari 2013.... aku terima panggilan dari mak. Suara mak agak sayu...mak bagitau Wan on the way ke hospital serdang naik ambulans. Wan dah tak kenal siapa-siapa. Wan dah lemah... Aku tersentak. Aku takut. Aku risau. Semua rasa bercampur-campur sampai tangan aku mula menggigil. Aku dah mula tak sedap hati.. Aku ingat lepas balik kerja nak terus ke hospital...

Tapi selang beberapa minit mak call lagi. Mak cakap jangan pergi hospital dulu, pergi dengan mak je nanti.  Tunggu mak siap kerja kat kedai. Sebab abah dengan adik dah pergi. Lepas kerja aku terus gerak pergi kedai.

Sehari sebelum tu memang aku dah rasa tak sedap hati. Hati aku sayu, jantung aku rasa macam lemah semacam. Rasa macam sebak,hiba....susah hati. Macam sesuatu yang buruk dan menyedihkan akan berlaku. Tapi sungguh tak terlintas langsung masa tu yang seseorang akan pergi meninggalkan aku.

Pukul 11 malam abah balik kejap. Ambil sweater and makanan untuk adik. Abah cakap wan masih kat emergency department. Tekanan darah wan rendah, jantung wan laju yang paling sedih sekali otak wan kena jangkitan kuman! Allahuakbar... Makngah, Pakcik and Paklang ada kat hospital. Mak suruh aku pergi hospital dengan abah. Aku pergi solat dulu, mohon supaya Allah sembuhkan wan da pelihara wan. Hati aku sebak.. 

Sampai hospital Makngah cakap wan tengah dipindahkan ke wad ICU. Doctor cakap dalam pukul 2 atau 2.30 pagi baru boleh tengok wan. Aku,abah,adik,anas,pakcik-pakcik and makcik aku sedia menunggu kat lobi hospital. Sambil menunggu tu aku bacakan Yassin untuk wan, aku doa dalam hati...

Pukul 1 lebih abah balik kejap pergi ambil mak dengan adik-adik. Tak lama lepas tu Along dengan Abg Adam sampai,pastu Makngah balik dulu..

Dalam pukul dua pakcik aku pergi tanya dah boleh tengok ke belum. Dorang kata tak boleh lagi. Doctor tak habis check wan lagi. Pukul 2.30 pun pakcik pergi tanya lagi, tapi  masih lagi tak boleh tengok wan. Nurse tu cakap nanti kalau dah boleh tengok dia akan call lobby bawah. Tapi tak boleh tengok ramai-ramai, sorang-sorang je boleh naik. Kami pun sabar menunggu...

Aku tertidur sekejap kat kerusi lobby. Pukul 4 lebih abah kejutkan aku dengan yang lain. Katanya doctor dah suruh naik atas tengok wan. Aku tercanguk lagi kat kerusi. Kononnya menunggu giliran aku tengok wan sebab kan nurse cakap kena naik sorang-sorang,tak boleh ramai-ramai. Tapi abah macam kelam kabut, abah kata naik cepat. Kitorang pun jalan dengan lajunya terus ke lif. Sampai atas mak dengan paklang and pakcik dah ada kat luar wad. Kami ramai-ramai masuk dalam wad..

Tersentak jantung aku bila sampai kat katil wan! Wan tak bermaya! Nadi wan dah lemah! Masa tu dorang tengah buat CPR kat wan. Tapi wan tak ada tindak balas. Wan diam...tapak kaki wan pucat. Ya Allah Ya Rabb Ya Tuhan ! Kau bantulah wan! Kuatkan lah semangat wan. Air mata aku dah menitis, aku mula terseak-esak. Aku tahu wan dah sampai masa untuk pergi . Ya Allah Ya Allah....akhirnya.....doctor geleng kepala. Jantung wan dah tak berdenyut lagi. . . . . . . . . . .wan dah tak ada. Wan dah pergi tinggalkan kitorang. Wan dah pergi tinggalkan aku. . . . . . . . . 

Ya Allah...Kau tempatkanlah wan dikalangan orang-orang yang beriman,Kau luaskanlah kubur wan, Kau terangilah kubur wan, Kau kurangkanlah seksaan kubur untuk wan, Kau ampunilah dosa-dosa wan, Kau tempatkanlah wan di syurga firdausi mu Ya Allah. Aamiin.

Terkilan rasa tak dapat jumpe wan sebelum dia pergi. Last aku jumpe wan masa cuti raya cina. Tu pun bila aku nak balik dia duduk depan pintu atas kerusi roda dia...aku lambai wan dari dalam kereta, 2 kali aku lambai tapi wan tak lambai balik. Wan macam termenung jauh je... Sempat jugak aku salam cium pipi dia.... :(

*** Tak sempat wan nak tengok aku sanding :'(

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.