Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya !


Dah seminggu kita sambut hari raya so rasanya belum terlambat untuk aku wish SELAMAT HARI RAYA ! Ampun maaf pada semua yang kenal diri aku secara langsung or tak langsung, kadang-kadang tak sedar kata-kata and perbuatan yang menyinggung hati orang ni . Almaklumlah setiap manusia tak pernah tak buat salah ok !

Syawal tahun ni nak kata meriah tak la meriah sangat . Sebab bonda kesayanganku tak sihat, sejak dua hari sebelum raya lagi. Kena gastrik teruk and tekanan darah tinggi . So acara masak memasak aku lah yang ambil alih . Mak hanya bagi arahan dan step-step nya saja .  Dua lauk je pun, Ayam Rendang & Ayam Sambal .

Oh yeah ! Bakat menganyam ketupat ku makin terserlah setelah di asah setahun sekali :p Tapi dalam kelajuan minima la . Atau erti kata lainnya, mak aku dah siap tiga anyaman aku baru terkial-kial nak menyiapkan yang satu tu . Hihihi .


Raya pertama beraya dengan mak and abah kat rumah je . Tu pun mak tak pakai baju raya :( Mak tak larat . Bila kami pergi beraya rumah nenek and makcik-makcik pakcik-pakcik mak abah stay kat rumah je tak ikut sekali pun sebab mak tak larat nak berjalan. Kami adik beradik je la yang pergi kunjung mengunjungi. Kebetulan kakak aku tahun ni raya kat sini.   So dia lah yang lead, kami hanya membontoti saja :p

Untung sedara mara semua stay dekat-dekat je . Kebanyakkannya kat Puchong je . Memang beraya sakan la sampai kekenyangan kauu ! 


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.