Hello.Do Follow Me and visit my Online Shop "Mimo Shopaholics" ! LOVE YOU ! :)
Cekodoks Buntalz

Saturday, April 21, 2012

Luka diKaki Siapa Yang Tahu :(

assalammualaikum . morning ! morning !

pagi sabtu . pagi cuti . eh , cuti ke ? kalau cuti tak ada la kat ofis tengah menghadap computer yang penuh dengan tah apa-apa nombor ni :( . tapi takpe , cari rezeki kan..untuk diri sendiri gak . huhh!  jangan mengeluh ye cik eLmy !! *peace*

Actually tengah menahan sakit kaki yang bengkak and luka ni . berdenyut-denyut kaki . rasa macam nak sepak orang je . ambik kau ! ni la penangan untuk orang yang selalu berangan-angan sambil merempit bawak motor . *jangan tiru aksi ini ye*

ceritanya begini . . pada satu petang yang damai , aku pergi tesco . bukan nak pergi beli barang atau shopping ke apa . hanya semata-mata nak tumpang tandas tesco sebab tak tahan nak mebuang air kat dalam badan :p .

da lepas lega , aku terus balik . sambil bawak motor kakiku yang belah kiri ni aku hala kan ke tepi sikit . style la konon . sampai satu simpang nak masuk kiri , tak tahu la macam mana motor aku boleh rapat ke divider batu pendek lagi rendah tu . pastu tiba-tiba kaki dan jari aku kena sauk dengan divider tu ! uishhhh bagai nak patah rasanya . terus rasa kebas berdenyut-denyut . dan mata pun mula berair . biasalah budak cengeng , sakit sikit da meraung satu dunia !

tapi nasib baik jari-jariku yang kecil dan kontot ni tak patah . kalau tak mau aku pergi klinik mintak MC sebulan . huhu . alhamdulillah terseliuh pun tak . cuma bengkak dengan luka je . tak sapu ubat pun , tampal KOYOK je ! :)


ni lah akibatnya .
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.